Assalamualaikum wbt. Apa khabar pembaca blog semua? Saya doakan anda semua dalam lindungan Allah SWT. Hari ini 6hb.Okt,2020. Dilihat kes covid di negara kita melonjak semakin tinggi hingga mencecah ke 3 angka (691 kes). Sehinggakan di kampung saya, Kamunting ini juga turut mempunyai kluster baharu iaitu kluster Batu. Sungguh menakutkan. Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang musibah. Amin…
Tanah Organik Super A (TOSA)
Okaylah, kembali kita kepada cerita yang sepatutnya. Hari ini juga saya mula melancarkan sejenis lagi media penanaman iaitu Tanah Organik Super A atau singkatannya ialah TOSA. Ada apa yang special dengan TOSA ni? Jom kita baca sampai habis. Kalau rasa malas nak membaca, anda boleh tonton video yang telah saya sediakan di bawah.
Kelebihan Tanah Organik Super A
Terdapat beberapa kelebihan tanah organik ini ke atas penanaman atau pokok yang kita tanam. Ianya dapat membantu perkara berikut :
- Menambahbaik struktur pH tanah.
- 100% dijamin bersih, selamat dan halal.
- Mengurangkan kos pembelian Baja.
- Meningkatkan jumlah mikrob dengan pantas.
- Menggalakkan pertumbuhan akar baharu dengan banyak.
- Tanah kelihatan jauh lebih subur.
- Penyerapan air jauh lebih baik berbanding menggunakan tanah biasa.
- Gebu dan mudah dikendalikan oleh pekebun.
- Sesuai untuk semua jenis tanaman.
- Membolehkan pokok membesar 25% lebih pantas (Boost).
- Penghasilan daun jauh lebih lebat dan hijau.
- Murah dan mudah untuk didapati (hanya di Baja Taiping).
- Stok tersedia untuk jumlah order yang banyak.
Jadinya, dengan menggunakan tanah organik yang dihasilkan oleh saya di Baja Taiping, sudah pastinya saya berikan satu jaminan bahawa tanaman anda PASTI AKAN SUBUR, InshaAllah.
Campuran Tanah Organik Super A Dengan Media Lain
Tanah Organik Super A boleh terus digunakan begitu sahaja dengan cara menaburkannya kepada kawasan penanaman, akan tetapi saya menasihati pengguna supaya mencampurkan media lain untuk menambahbaik struktur tanah di kawasan tanaman supaya pokok bukan sahaja subur, malah dapat menghasilkan pengeluaran buah atau bunga yang lebih banyak.
Di bawah, saya sediakan cara campuran tanah organik bersama media lain. Ini bagi memastikan tanaman anda benar-benar subur dengan teknik yang disediakan.
1. Cara Tanaman Dalam Pasu/Polybag
Sekiranya anda ingin gunakan ke dalam pasu ataupun polybag, apa yang saya sarankan ialah beli media-media ini di dalam bentuk Pakej yang telahpun saya sediakan di Lazada, Shopee ataupun di dalam kedai.bajataiping.com .Ianya jauh lebih mudah dan murah sahaja.
- Pastikan anda mempunyai Top Soil.
- Dolomite Gred A atau B.
- Dan Tanah Organik Super A.
- Sedikit sekam padi atau pasir.
- Penggalak Akar (jika perlu).
- Baja NPK 20:10:10 apabila pokok sudah mencapai ketinggian lebih 3 kaki.
Nisbah Campuran
- Top Soil 1 Pek 5Kg : Tanah Organik 1 Pek 3Kg
Campurkan Top Soil bersama Tanah Organik (TOSA) ke dalam 1 bekas, kemudian masukkan 3 genggam Dolomite. Untuk kesan tumbesaran pokok dengan lebih pantas, anda digalakkan untuk memasukkan 2 sudu Penggalak Akar. Sekiranya terdapat sekam padi, juga boleh digunakan atau boleh sahaja digantikan dengan pasir.
Gaulkan kesemua media sehingga sekata dan pindahkan ke dalam pasu ataupun polybag. Kini anda sudah boleh tanam anak pokok dan siramkan air sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari.
Entri Lain:
- Baja Terbaik Untuk Pokok Mempelam Berbuah Lebat
- Cara Tanam Anak Pokok Ke Tanah Dari Polybag
- Top Soil Tanah Untuk Tanaman
2. Cara Untuk Guna Pada Pokok Sedia Ada Atas Tanah
Jika anda ingin menggunakan Tanah Organik Super A kepada pokok yang sudah ditanamĀ ke atas tanah, tidak perlu membeli dalam bentuk pakej, sebaliknya beli secara berasingan. Juga turut dijual di dalam Lazada, Shopee dan website ini.
Caranya mudah sahaja, buka plastik tanah organik, kemudian taburkan rapat pada pangkal pokok. Sekiranya pokok anda sudah matang atau besar, gunakan 3 atau 5 pek tanah organik. Untuk anak pokok yang masih kecil, boleh tabur 1 atau 3 pek.
Jika ianya terlebih tidak akan mengundang sebarang masalah kepada tanaman, sebaliknya tanaman akan lebih subur, pastikan tanaman sentiasa disiramlah.
Untuk elemen campuran yang lebih berkesan, sila campurkan dengan Dolomite. Kerana dolomite dapat membantu proses menambah baik pH tanah dan penghasilan mikrob. Cara menggunakan Dolomite sila klik pada pautan berikut : Cara Terbaik Untuk Campuran Dolomite
Cara Untuk Pembelian TANAH ORGANIK SUPER A
Sekiranya anda berminat untuk boost tanaman dengan menggunakan tanah organik ini, boleh sahaja terus lakukan pembelian di 3 platform jualan dari saya seperti di bawah :
Atau anda juga boleh terus datang ke kedai saya di Kamunting, Perak. Tetapi diingatkan kepada yang ingin datang terus ke kedai (walk-in), sila WhatsApp saya terlebih dahulu kerana saya sebenarnya jarang berada di kedai. Ini adalah no wasap : 011-11476291 Rizal
Untuk maps atau Waze, sila Google ‘Pembekal Baja Taiping‘. Gunakan maps tersebut untuk walk in ke kedai.
Leave A Comment