Apa Yang Dimaksudkan Dengan Dolomite?
Dolomite ialah sejenis batu mineral yang mengandungi unsur Magnesium (MgO) dan juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca). Jumlah Magnesium yang terdapat di dalam Dolomite setinggi 18%.
8 Fungsi Dolomite Yang Perlu Anda Ketahui
- Merawat masalah tanah > mengoptimumkan pH tanah yang berasid.
- Memperbaiki dan menstabilkan pH tanah > Dolomite dapat membantu tanah yang bermasalah.
- Meningkatkan kesuburan tanah > tanaman akan lebih sihat dengan penggunaan Dolomite.
Dolomite juga dapat meningkatkan zat terbaik untuk semua jenis tanaman, seperti pokok berbatang kayu (durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan lain-lain lagi), juga sesuai untuk penanaman batang lembut seperti (sayur-sayuran, cili, tomato, bendi dan juga penanaman hiasan).
Magnesium Karbonat (MgCO3) iaitu sebahagian dari struktur Dolomite, berfungsi sebagai sumber Magnesium kepada semua mikroorganisma yang terkandung di dalam tanah. Di bawah, anda boleh baca 8 fungsi hebat Dolomite ke atas tanaman yang perlu anda ketahui:
1.Fungsi Kalsium Untuk Tanaman
Nutrient ini berfungsi untuk pembahagian sel dan tumbesaran. Pertumbuhan akar dan pucuk daun muda adalah berpunca dari nutrient ini. Ia juga berfungsi untuk menggalakkan pendebungaan dan memastikan daun tidak luruh.
2.Fungsi Magnesium Untuk Tanaman
Nutrient ini membantu proses klorofil dan pengaktifan enzim tumbuhan bagi penghasilan karbohidrat, gula dan lemak. Ia digunakan bagi biji benih dan buah.
3.Fungsi Sulfur Untuk Tanaman
Nutrient ini membantu penghasilan asid amino yang berperanan untuk pertumbuhan klorofil dan sel. Ia juga memberi perasa kepada daun.
4.Fungsi Iron Untuk Tanaman
Nutrient ini penting bagi proses fotosintesis klorofil. Ia diperlukan untuk pertumbuhan setiap tumbuhan pada peringkat muda/awal.
5.Fungsi Zink Untuk Tanaman
Ia adalah sebahagian daripada komponen enzim termasuk enzim auxins ( enzim untuk pertumbuhan hormon ). Ia penting dalam sintesis protein, metabolisma karbohidrat & pembesaran / pertumbuhan batang.
6.Fungsi Manganese Untuk Tanaman
Nutrient ini membantu aktiviti enzim untuk proses fotosintesis, kadar penyejatan & juga untuk pengambilan nitrogen.
7.Fungsi Copper Untuk Tanaman
Nutrient ini banyak tertumpu kepada akar tumbuhan & memainkan peranan dalam pengambilan nitrogen daripada udara.
8.Fungsi Boron Untuk Tanaman
Nutrient ini membantu 16 fungsi pertumbuhan tumbuhan. Selain daripada pembentukan dinding sel, nutrient ini juga terlibat dalam pembungaan, pendebungaan, putik buah, pengaliran air & pergerakan hormon tumbuhan. Ia diperlukan dari mula sampai akhir hayat tumbuhan.
Cara Pembelian Baja Dolomite
Kepada anda yang ingin gunakan Baja Dolomite, kini dibuka untuk jualan dari Pembekal Baja Taiping dan anda boleh beli secara terus dari portal ini ataupun beli dari platform Lazada dan juga Shoppe.
Entri Lain:
Sukatan Penggunaan Dolomite
Terdapat 2 kaedah penggunaan Dolomite ke atas tanaman iaitu:
- Kaedah untuk pokok anak
- Kaedah untuk pokok matang
Untuk kaedah anak pokok, kami sarankan anda ambil ikut sukatan berikut:
- Untuk sayuran seperti cili, terung, bendi dan semua jenis sayuran lain, gunakan dalam jumlah 100 hingga 200 gram sahaja untuk setiap anak sayur. (Pastikan anak sayur tersebut sudahpun ditanam di atas tanah atau batas).
- Untuk anak pokok seperti durian, rambutan dan semua jenis pokok kayu yang masih anak (anggaran ketinggian kurang dari 3 kaki), gunakan dalam jumlah 300 hingga 400 gram sahaja untuk setiap anak pokok. (Hanya untuk anak pokok yang sudah ditanam di atas tanah sahaja). Untuk anak pokok yang masih berada di dalam polybag, juga sesuai digunakan Dolomite dan di tabur sekitar 1 genggam sahaja.
Untuk kaedah pokok matang atau sudah besar, sila ikut sukatan berikut:
- Untuk setiap pokok seperti durian, rambutan, ciku dan semua jenis pokok yang sudah matang, anda disaran untuk gunakan di dalam jumlah 2-3KG bagi setiap pokok. (Pastikan anda korek sedikit pada pangkal, dan tanamkan Dolomite, kemudian tutupkan semula lubang tersebut. Setelah itu, taburkan dolomite pada bahagian atas akar). Sila rujuk video di bawah:
Sebarang pertanyaan atau maklumbalas, sila hubungi saya semula dengan klik pada pautan berikut: Hubungi Baja Taiping
Semoga post kali ini bermanfaat untuk semua. Assalamualaikum.
[…] Baja Dolomite […]
[…] Baja Dolomite […]
Saya berminat utk membeli nya
Assalamualaikum tuan, boleh terus beli dari Lazada https://www.lazada.com.my/shop/baja-taiping