Tanah Baja Organik ini sangat sesuai untuk anda yang ingin bercucuk tanam di dalam pasu dan juga polybag hitam. Ianya terkandung nutrien yang tinggi kerana adunan tanah organik ini diadun oleh kami di Baja Taiping dengan sendirinya.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Baja Taiping. Hari ini saya tambah lagi 1 produk untuk dijual kepada umum iaitu, Tanah Baja Organik 4Kg. Tanah ini sangat mudah untuk digunakan. Sampai sahaja kepada anda, buka plastik dan terus tuang ke dalam pasu. Tak perlu lagi nak bersusah payah untuk gaulkan tanah, nak tabur baja ke cuma tuang ke dalam pasu dan terus tanam pokok. Mudahkan?
Di dalam adunan tanah ini, saya dah campurkan 5 elemen paling penting untuk tanaman anda. Baca di bawah benda yang saya masukkan di dalam setiap paket tanah. Pastinya kakak-kakak dan abang-abang berasa puas hati setelah menggunakan tanah yang saya jual kali ini. Cubalah nanti!!!
Tanah Organik, sangat murah, mudah dan menguntungkan pengguna
Tanah Baja Organik ini juga sangat sesuai untuk tanaman berikut:
1. Tanaman Bunga.
2. Tanaman Sayuran seperti cili, tomato, bendi, terung, dll.
3. Juga sesuai untuk semaian anak pokok di dalam polybag.
Diantara bahan yang terkandung di dalam tanah organik seperti berikut:
- Baja Dolomite
- Penggalak Akar
- Baja Sisa Sawit (Kompos)
- Tanah Bakar
- Top Soil
Tanah organik juga membantu tanaman anda :
- Daripada serangan mahkluk perosak tanah seperti anai-anai, semut.
- Membantu untuk besar dan suburkan tanaman dengan pantas.
- Sentiasa mengekalkan kelembapan tanah tanaman.
- Terkandung baja yang diperlukan oleh tanaman dan tinggi Magnesium.
- Sentiasa mengekalkan struktur tanah yang baik.
- Pastinya tanah ini menggalakkan pertumbuhan akar muda kerana terkandung baja penggalak akar.
- Membiakkan mikroorganisma yang baik ke atas tanah.
- Menggalakkan pertumbuhan daun, juga melebatkan daun.
- Menguatkan batang pokok.
- Menguatkan akar tanaman dan tidak mudah rosak dari serangan perosak.
Serta banyak lagi kebaikan tanah baja organik 5 dalam 1 dari Baja Taiping. Anda juga boleh lihat cara menggunakan tanah baja organik melalui video di bawah :
Entri Lain :
- Baja Orkid Dan Pokok Bunga (Baja Soya)
- Cara Penggunaan Baja Dolomite Dan Sukatannya
- Baja Sisa Sawit (Kompos)
Cara untuk order tanah ini secara online melalui 2 platform utama iaitu :
Semoga tanaman anda semua kekal subur dengan tanah yang saya adunkan istimewa ini.
Mohon terangkan secara ringkas baja yg sesuai bagi anak durian yang baru ditanam
Assalamualaikum wbt. Tuan Megat. Terima kasih atas pertanyaan yang sangat bagus ini. Baiklah, untuk soalan tuan mengenai baja paling sesuai untuk anak durian jawapan saya ialah dengan menggunakan Dolomite terlebih dahulu untuk tujuan pemulihan tanah. Setelah anak pokok berusia 7 atau 8 bulan ke atas, barulah saya cadangkan tuan melakukan pembajaan dari jenis lain dan turut dicampurkan bersama Dolomite. Cara untuk beli baja ini, tuan boleh terus order dari lazada dengan klik di sini https://www.lazada.com.my/shop/baja-taiping