Penggalak Akar

Cara Penggunaan Penggalak Akar (Root Booster Hormone), sejenis baja yang dapat menggalakkan tanaman, mengeluarkan akar muda/baru sekaligus menyuburkan pokok.

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Baja Taiping. Terima kasih kerana sudi singgah untuk baca entri saya kali ini dengan tajuk Cara Penggunaan Penggalak Akar. Sebelum melalut jauh ke laut, saya nak tanya kepada pembaca yang saya kasihi, sudahkah anda menggunakan Baja Dolomite yang dijual oleh saya? Jika belum, anda perlu cuba hari ini dan lihatlah kesannya ke atas tanaman.

Baiklah, berbalik kepada entri kali ini iaitu dengan kisah Akar Pokok. Sememangnya akar adalah perkara paling penting penjagaannya di dalam memastikan tanaman kita kekal subur. Untuk tanam pokok, ianya tidak susah. Pergi sahaja pekan hari, ataupun pasar minggu kita sudah boleh beli anak pokok. Sanggup berhabis puluhan ringgit untuk anak pokok, tapi sayangnya bila lepas tanam kita dah malas nak jaga pokok tersebut. Apatah lagi untuk memikirkan masalah lain seperti akarnya.

Lepas tanam 2 tahun, mula merungut pokok tidak berbuah, pokok terbantut, pokok itu, pokok ini. Sebenarnya kita yang terbantut. Malas untuk jaga pada mulanya. Pendekkata, lepas tanam dan tunggu berbuah sahaja.. haha… Mudah sangat macam ini.

Sebenarnya pokok perlu perhatian kita. Nanti ada pula orang kata, pokok dalam hutan elok je berbuah.. Abang, pokok dalam hutan, tanah dia betul-betul cantik, cahaya masuk cukup, tak ada asid, tak ada masalah anai-anai. Air mengalir baik punya. Bukan macam yang kita tanam, tanah tambak, tanah liat pula tu, sistem air pun tak cukup, macam mana pokok nak subur? Ye tak..

Sebelum itu, saya nak terangkan mengenai Penggalak Akar dengan lebih mendalam sebelum anda menggunakannya ke atas tanaman ataupun pokok. Pastikan di baca betul-betul sebab risau juga ada yang salah faham fungsinya.

Mengenai Penggalak Akar

Penggalak Akar ialah bahan yang dibuat menggunakan sumber organik. 100% selamat untuk digunakan ke atas semua jenis tanaman atau pokok, (ya semua jenis). Ianya terdapat dalam 3 bentuk iaitu :

  1. Dari jenis serbuk
  2. Sumber cecair
  3. Buat sendiri (D.I.Y)

Penggalak Akar ialah bahan yang perlu dicampur ke tanah (bahagian akar) untuk menggalakkan pertumbuhan akar muda/baru dengan lebih banyak dan ini dapat membantu pokok menjadi lebih subur.

Nanti ada pula yang spray pada daun. Ini tidak akan berkesan ya. Hanya untuk akar sahaja. haha jangan marah saya bergurau sahaja.

Cara Penggunaan Penggalak Akar

Cara untuk menggunakan Penggalak Akar ini tidak susah sebenarnya, dan penggalak akar boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut :

  • Memindahkan anak pokok dari satu tempat ke tempat lain.
  • Penanaman anak pokok baharu.
  • Bagi tujuan tut.
  • Untuk tujuan menambah jumlah akar pada tanaman sedia ada.

Cara guna Penggalak Akar terdapat 2 kaedah iaitu :

  1. Kaedah tabur.
    1. Tabur dalam lubang sebelum tanam atau pindah pokok (pokok baru/transplant)
    2. Tabur atas kawasan akar tanaman (pokok sedia ada).
  2. Kaedah rendaman akar.
    1. Rendam akar pokok baharu sebelum ditanam (24jam)
    2. Rendam akar pokok yang ingin dipindahkan sebelum ditanam semula (24jam)

Untuk lebih mudah cara menggunakan Penggalak Akar, anda boleh tonton video di bawah:

Jumlah Penggalak Akar

Untuk menggunakan Penggalak Akar, anda perlu tahu sukatannya terlebih dahulu supaya akar pokok muda benar-benar terhasil dari jumlah kegunaan Penggalak Akar. Tidak boleh suka-suka tabur atau rendam mengikut kuantiti anda sendiri kerana ianya tidak akan berhasil.

Cara Pertama : (Tanam Penggalak Akar)

  • Pokok bersaiz 1 hingga 3 kaki: Sila gunakan sekitar 2 hingga 3 sudu besar untuk ditanam di kawasan akar pokok.
  • Pokok bersaiz 4 hingga 6 kaki: Sila gunakan sekitar 5 hingga 6 sudu besar untuk ditanam di kawasan akar pokok
Cara Tabur

Cara Tabur

Cara Kedua : (Rendam Akar Pokok Dengan Penggalak Akar)

  1. Sekiranya anda ingin guna kaedah rendaman akar pokok bersama penggalak akar, masukkan 5 hingga 6 sudu besar penggalak akar ke dalam sebuah baldi dan isikan air kurang lebih 3 liter (2 botol saiz botol air mineral besar).
  2. Kacau penggalak akar yang dimasukkan ke dalam baldi sehingga air kelihatan keruh.
  3. Masukkan anak pokok (bahagian akar) ke dalam baldi tersebut dan biarkan semalaman (24jam) lebih cantik. Ini bagi memastikan akar menerima hormon penggalak akar dan meresap dengan baik.
Cara Rendaman

Cara Rendaman

Entri Lain :

Cara Pembelian Penggalak Akar

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan penggalak akar untuk kegunaan ke atas tanaman, sila kunjungi portal-portal jualan saya seperti berikut :

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Lazada > Penggalak Akar
  3. Shoppe > Penggalak Akar

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk, sila hubungi saya di 011-11476291 atau email kepada saya di rizal@bajataiping.com.