Hari ini, saya videokan Cara Penggunaan Dolomite Dan Sukatannya ke atas tanaman anak pokok durian. Beberapa hari lepas, saya terima panggilan dari pelanggan bahawa mereka tidak tahu cara menggunakan kapur ini dalam kuantiti untuk setiap pokok, malah ada juga pelanggan melakukan kesilapan dengan menggunakan hanya satu genggam dolomite sahaja untuk pokok durian dewasa.

Diharap blog ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana yang telah membeli Dolomite untuk kegunaan ke atas tanaman masing-masing dengan cara yang betul selepas ini.

Cara Penggunaan Dolomite Dan Sukatannya

Cara untuk menggunakan Dolomite sebenarnya ada 2 teknik tersendiri iaitu dengan:

  1. Tanam
  2. Tabur

Langkah 1:

Setiap pokok atau tanaman, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan korek dan jadikan seperti longkang atau lurah pada bahagian sekitar pangkal dengan jarak:

  • 1 jengkal (sekiranya pokok masih kecil)
  • 2 jengkal (sekiranya pokok dewasa)
longkang dengan jarak 1 jengkal

longkang dengan jarak 1 jengkal

Jarak ini bertujuan untuk tidak merosakkan sistem akar tanaman disebabkan kesan dari terkena cangkul, kerana akar yang rosak akan menjejaskan tanaman. Jadi, lakukan dengan berhati-hati. (Rujuk imej di bawah)


Langkah 2:

Taburkan dolomite ke dalam longkang yang telah anda gali dengan kuantiti yang ditetapkan di bawah:

  • Anak benih bersaiz kurang dari 1 jengkal (gunakan sekitar 2 hingga 3 sudu besar)
  • Anak pokok bersaiz 1 hingga 3 kaki (gunakan sekitar 750gram sehingga 1kg Dolomite)
  • Pokok sedang, bersaiz 4 hingga 6 kaki (gunakan sekitar 1.5kg hingga 2.0kg Dolomite)
  • Pokok matang/dewasa, melebihi 10 kaki (gunakan sekitar 3kg)
tabur dolomite pada pangkal pokok

tabur dolomite pada pangkal pokok

Info Dolomite: Sekiranya anda menggunakan lebih dari kuantiti sepatutnya, tanaman tidak akan terjejas, sebaliknya tanah pada tanaman tersebut akan bertambah subur.


Langkah 3:

Setelah selesai pada langkah ke-2, apa yang perlu dilakukan oleh anda ialah dengan menutup semula longkang atau lurah tadi dengan tanah dan jadikan seperti busut atau bukit kecil. Ini bertujuan untuk memastikan akar tanaman/pokok berada di dalam tanah.

bina busut pada pangkal

bina busut pada pangkal

Kemudian, taburkan sedikit lagi Dolomite pada busut tersebut untuk menambahbaik struktur tanah pada bahagian atas dan menghalang dari semua jenis serangga perosak seperti:

  • Anai-anai
  • Semut
  • Ulat bulu
tabur dolomite pada bahagian atas busut

tabur dolomite pada bahagian atas busut

Entri Lain:


Langkah 4:

Langkah terakhir untuk menggunakan Dolomite ialah memastikan jumlah air secukupnya pada pokok. Air diperlukan sekurang-kurangnya disiram 2 kali sehari untuk semua pokok atau tanaman yang menggunakan Dolomite.

air untuk pembajaan

air untuk pembajaan

Ini juga bagi memastikan tanah menerima jumlah air yang mencukupi bagi mengekalkan kelembapan tanah dan mengaktifkan segala kandungan nutrien pada tanah.

Anda juga boleh baca lebih lanjut, penggunaan Dolomite dengan klik pada pautan berikut: Kekerapan Pertanyaan Mengenai Dolomite


Untuk pembelian baja Dolomite, saya sarankan anda beli secara terus melalui 3 saluran jualan iaitu:

Tips Semasa Penanaman Anak Pokok Ke Dalam Tanah

Anda juga disaran untuk menggunakan tips penanaman anak pokok terutama untuk anak pokok baharu yang ingin ditanam ke dalam tanah. Tips ini untuk menjadikan tanaman anda benar-benar subur dan membesar dengan pantas, sila rujuk di bawah :

  1. Pastikan anda korek lubang dan taburkan Dolomite + Penggalak Akar. (Info mengenai penggalak akar anda boleh lihat di sini).
  2. Biarkan lubang tersebut terdedah selama 7 hingga 10 hari sebelum penanaman anak pokok.
  3. Pada hari untuk lakukan tanaman, sila masukkan tanah baja organik bersama anak pokok. Tanah baja organik boleh didapati dengan harga yang murah dan terkandung banyak nutrien penting buat tanaman. (Info mengenai tanah baja organik, sila klik di sini).
  4. Bina busut dan taburkan Dolomite pada sebelah atas. Ini mengelakkan serangan haiwan seperti babi pada sebelah malam. Busut juga bertujuan menutup semua akar tanaman.
  5. Siram air sekurang-kurangnya 2 kali sehari, dan pastikan kawasan tanaman terima cukup matahari.

InsyaAllah, anak pokok anda akan mengeluarkan tunas-tunas baharu kurang dari 2 minggu selepas ditanam. Perkara ini saya sendiri telah pratikkan dan anda boleh lihat lebih lanjut pada pautan berikut :

Setakat ini perkongsian saya mengenai Cara Penggunaan Baja Dolomite Dan Sukatannya. Wallahualam.