Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat semua pembaca blog Baja Taiping. Jika semalam saya masukkan entri mengenai Baja Organik Untuk Melebatkan Daun Pokok, hari ini sekali lagi saya post entri dengan tajuk yang lebih baik di atas permintaan ramai pelanggan iaitu, Cara Guna Baja Durian Guard Dan Dolomite Untuk Pokok Durian.
Cara Guna Baja Durian Guard Dan Dolomite Untuk Pokok Durian
Sebelum pergi lebih jauh dalam tajuk ini, ingin saya maklumkan bahawa, baja yang ingin saya kongsikan di sini adalah khusus untuk semua jenis pokok durian (anak dan pokok matang). Sekiranya anda perlu cara pembajaan untuk pokok jenis lain, sila lihat di sini > Cara Guna Baja
Cara menggunakan baja Durian Guard dan Dolomite sebenarnya tidak susahpun. Apa yang paling penting ialah anda perlu tahu kadar campuran atau nisbah bagi setiap pokok.
Ada pokok yang besar dan ada pula anak pokok, tetapi bagaimana cara nak tahu nisbahnya? Tak susah, lihat pengiraan di bawah :
- Anak Pokok Durian (kurang dari < 4kaki)
- Campurkan 1kg Durian Guard + 1kg Dolomite
- Gaulkan sekali di dalam 1 bekas, kemudian tabur rapat pada pangkal
- Siramkan deca 300 dragon pharma for sale online air (sekurang-kurangnya 2 kali sehari)
- Kadar kekerapan penggunaan adalah 45 hari sekali
- Pokok Durian Muda (kurang dari < 6kaki) Pokok yang baru nak belajar berbuah
- Campurkan 1.5Kg Durian Guard + 2KG Dolomite
- Gaulkan sekali di dalam bekas, kemudian tabur rapat pada pangkal
- Siramkan air (sekurang-kurangnya 2 kali sehari)
- Kadar kekerapan penggunaan adalah 45 hari sekali
- Pokok Durian Matang Yang Sudah Tua
- Campurkan 3Kg Durian Guard + 3KG Dolomite
- Gaulkan sekali di dalam bekas, kemudian tabur rapat pada pangkal
- Siramkan air (sekurang-kurangnya 2 kali sehari)
- Kadar kekerapan penggunaan adalah 45 hari sekali
8 Kelebihan Baja Durian Guard Dan Dolomite
Kedua-dua gabungan baja ini sudah pasti ada kelebihannya tersendiri untuk pokok durian. Dan 8 perkara yang paling mantap ingin saya kongsikan di sini kerana gabungan baja ini berkeupayaan penuh untuk :
- Menyuburkan struktur tanah
- Memulihkan pokok durian yang sudah rosak
- Menambahbaik pengeluaran buah
- Menguatkan sitem akar dari serangan perosak
- Melebatkan daun sekaligus menghijaukan durian anda
- Menghalang serangan perosak atau bad mikrob dan phatogen di dalam tanah
- Menguatkan putik bunga supaya kurang dari gugur
- Mempercepat proses tumbesaran anak pokok durian
Cara Pembelian Baja Durian Guard Dan Dolomite
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan gabungan 2 jenis baja hebat ini, sila lakukan pembelian di 3 platform jualan dari Baja Taiping iaitu di :
Entri Lain:
- Baja Organik Untuk Melebatkan Daun Pokok
- Baja Dolomite Untuk Tanaman Durian
- Cara Untuk Kenal Anak Benih Durian Yang Berkualiti
Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai baja gabungan ini, anda boleh tinggalkan komen di bawah, saya akan reply dalam kadar segera.
Leave A Comment