Di bawah ini cara menggunakan baja biji dari jenis NPK untuk semua jenis. Pastikan anda lihat kaedah di bawah dengan betul, sebarang pertanyaan sila tinggalkan email pihak kami di info@bajataiping.com

CARA GUNA BAJA JENIS BERBIJI (NPK) Dan PELET

Pengenalan Jenis Baja Biji Dan Pelet

Terdapat pelbagai jenis baja biji yang dijual oleh Baja Taiping, dan boleh dikatakan kesemua jenis baja biji ini adalah dari jenis NPK. Diantara jenis-jenis baja biji NPK yang kami jual adalah seperti berikut :

  1. NPK 12:12:17 (Warna Kelabu)
  2. NPK 12:6:22 (Warna Warni / Warna Merah Lembut)
  3. NPK 16:7:7 (Warna Hijau Lembut)
  4. NPK 16:16:16 (Warna Biru)
  5. NPK 17:17:17 (Warna Biru Pekat)
  6. UREA (Warna Putih)

Di bawah ini pula adalah sebahagian jenis baja berbentuk pelet, iaitu :

  1. TAHI AYAM (Warna Kelabu Gelap)
  2. BAJA SOYA (Warna Hitam Seakan Baja Tahi Ayam)

Cara Menggunakan Baja Biji

Untuk menggunakan baja biji, pastikan anda mengetahui saiz ketinggian pokok atau anak pokok, dan penggunaan sukatan adalah dalam bentuk sudu besi (sudu makan).

  1. Untuk Anak Pokok Dalam Polybag atau Pasu (bersaiz kecil dan sederhana):
    • Tabur baja biji dengan sukatan 1/4 (suku) sudu, dengan jarak tepi polybag.
    • Tabur baja biji dalam polybag perlu dilakukan 2 minggu sekali.
    • Sehingga anak pokok mula membesar, tambahkan kuantiti baja kepada 1/2 sudu, kebiasaannya setelah 2 bulan penggunaan baja.
    • Pastikan tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari.
    • Elakkan penggunaan baja secara berlebihan bagi mengelakkan kerosakkan pada sistem akar anak pokok.
  2. Untuk Anak Pokok Dalam Polybag atau Pasu (bersaiz besar):
    • Tabur baja biji dengan sukatan 1/2 (separuh) sudu, dengan jarak tepi polybag.
    • Tabur baja biji dalam polybag perlu dilakukan 2 minggu sekali.
    • Sehingga anak pokok mula membesar, tambahkan kuantiti baja kepada 1 sudu, kebiasaannya setelah 2 bulan penggunaan baja.
    • Pastikan tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari.
    • Elakkan penggunaan baja secara berlebihan bagi mengelakkan kerosakkan pada sistem akar anak pokok
  3. Untuk Tanaman Di Atas Permukaan Tanah :
    • Penggunaan baja biji adalah 2½ (dua setengah) sudu bagi setiap 2 kaki persegi.
    • Pastikan jarak taburan baja adalah dihujung kanvas tanaman, (hujung pelepah).
    • Kekerapan taburan adalah setiap 10 hari sekali.
    • Apabila pokok menunjukkan trend pembesaran positif, tambah bilangan baja kepada 3 sudu.
    • Pastikan tanah kawasan tanaman disiram dengan kekerapan yang tinggi.

Kekerapan Pertanyaan Mengenai Cara Tabur Baja (FAQ) :

Baja sebaiknya ditabur seawal jam 7 pagi atau sebelum jam 10pagi, manakala sebelah petang pula disarankan pada jam 5ptg sehingga jam 7mlm. Elakkan tabur baja pada waktu panas terik kerana akan mengakibatkan kerosakkan pada akar tanaman.

Ya, anda boleh tabur 2 atau 3 jenis baja dalam masa yang sama. akan tetapi pastikan sukatan baja ditepati dan juga kadar air yang mencukupi untuk pokok anda.

Untuk kebanyakkan produk, kami menyediakan pemulih tanah iaitu Dolomite yang mengandungi Magnesium terbaik untuk tujuan pemulihan struktur tanah, dan menambah bilangan mikrob baik dalam tanah anda, kami sarankan anda tabur kapur ini bersama dengan baja NPK yang disertakan.

Pastikan kapur Dolomite ditabur rapat pada pangkal pokok, tidak perlu jarak. Dan ianya boleh ditabur pada hari yang sama setelah anda tabur baja biji NPK.

Selagi anda perlukan tanaman tersebut subur, selagi itulah anda perlu gunakan baja.

Untuk pengetahuan anda, baja dari jenis berbiji ianya berunsur panas. Sekiranya anda terlebih menabur jumlah baja, boleh mengundang kepada kerosakkan akar dan tunjang tanaman. Sekaligus berisiko untuk pokok tersebut layu dan mati.

Sekiranya perkara ini terjadi, pastikan anda lakukan langkah berikut :

  1. Korek bahagian atas permukaan tanah dan buang.
  2. Siram air dalam julah yang sangat banyak.

Dolomite terdapat dua (2) jenis iaitu untuk kegunaan pembinaan dan pertanian. Bagi Dolomite pembinaan ianya sedikit kasar, berwarna kelabu dan tidak begitu sesuai untuk tanaman, akan tetapi masih boleh digunakan, sekiranya terlebih penggunaannya, daun akan kelihatan kuning dan mula gugur.

Manakala Dolomite yang kami bekalkan adalah Dolomite paling halus seakan debu, Dolomite ini mampu meresap jauh ke akar dan tinggi nilai Magnesiumnya. Sekiranya ditabur banyak, maka tanah di kawasan tanaman akan menerima MGo dengan baik dan biakkan mikrob dengan cemerlangnya. Maka akar tanaman menerima dan meresap makanan dengan lebih baik.

Lagi banyak ditabur, adalah lebih baik dan pokok tiada risiko kerosakkan atau mati.

Maaf, untuk soalan ini, ianya agak umum. Kami tidak dapat berikan respon kerana terdapat banyak jenis tanaman. Tanaman juga perlu dilihat dan dikaji terlebih dahulu atas faktor apa penyumbang kepada tidak berbuah.

Secara asasnya, pokok tidak berbuah adalah disebabkan beberapa faktor, diantaranya adalah :

  • Belum cukup usia
  • Pembajaan kurang baik
  • Pengairan kurang baik
  • Cahaya kurang baik
  • Akar mengalami masalah
  • Tanah bermasalah (berasid/beralkali)
  • Terlalu banyak guna bahan baja kimia
  • Tidak pernah lakukan prunning
  • Rumput terlalu tebal di bawah pokok

Dan banyak lagi faktor lain yang perlu dikaji.

Baja TIDAK dapat membunuh sebarang serangga ataupun ulat, tujuan dan fungsi baja adalah untuk menyuburkan tanaman, berikan makanan pada tanaman melalui akar sahaja.

Untuk halang serangga atau ulat perosak, anda perlu menggunakan RACUN.