Sejak kebelakangan ini, kita dapat saksikan harga barangan dan keperluan asas semakin mahal, begitu juga dengan sayur-sayuran. Keadaan ini mendesak ramai orang untuk mula bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi menampung keperluan ini terutama dalam era penanaman sayuran secara kecil-kecilan di belakang rumah bagi kegunaan sendiri.
Jenis Sayuran Yang Mudah Di Tanam Sekitar Kediaman
Diantara jenis sayuran yang paling mudah untuk ditanam sekitar kediaman seperti berikut :
- Tanaman Sawi
- Tanaman Bayam
- Tanaman Cili Padi
- Tanaman Cili Besar
- Tanaman Bendi
- Tanaman Terung
- Tanaman Tomato
Untuk mereka yang gemarkan ulam-ulaman, boleh juga bercucuk tanam seperti berikut :
- Tanaman Timun
- Tanaman Kacang Botol
- Tanaman Peria
- Tanaman Ulam Raja
Dan yang paling mudah untuk ditanam disekitar kediaman ialah sayur kangkung. Letakkan dalam baldi sedikit air, campurkan sedikit span dan taburkan benih. InsyaAllah sekeluarga boleh makan lepas seminggu. Ada juga orang tanam kangkung hanya diletakkan di bawah singki, tetapi awas tindakan ini mengundang nyamuk jika tidak dikawal.
Tidak semestinya kita nak tanam semua yang saya nyatakan di atas, ianya sekadar pilihan sahaja dan boleh dijadikan satu (1) hobi masa lapang.
Saya sendiri bercucuk tanam di belakang rumah dan tidak sangka hasilnya sangat berbaloi sehinggakan tak habis makan dibuatnya. Hanya bermodalkan sekitar RM20 untuk pembelian biji benih dari Kedai Baja Di Taiping membuahkan hasil yang sangat berbaloi.
Rahsia Mereka Yang Berjaya Dalam Bercucuk Tanam
Jika dah ada minat untuk bercucuk tanam itu sudah dikira bagus, tetapi kena ada sikit ilmu dalam penanaman. Tidak kiralah untuk bercucuk tanam sayur ataupun pokok buah-buahan yang penting ilmu di dada mesti kena ada. Kalau tak cukup ilmu pertanian, nanti akan timbul masalah di bawah :
- Pokok tidak membesar atau terbantut
- Pokok besar tetapi tidak berbuah dan mendatangkan hasil
- Pokok berbuah tetapi hanya sekali lepas tu mati
- Pokok layu dan tidak sihat
Dan banyak lagi masalah tanaman jika tidak ada ilmu
Jadi, sedikit sebanyak portal Pembekal Baja Taiping (PBT) akan berkongsi banyak tips penanaman teknik terbaharu serta rahsia menjadikan tanaman sihat dan membuahkan hasil.
Okaylah, kita kembali kepada tajuk “rahsia mereka yang berjaya dalam bercucuk tanam“. Rahsianya bukanlah apa pun, cuma teknik pembajaan pada tanaman sahaja dan tahu sedikit selok belok jenis tanah yang bersesuaian untuk tanaman.
Rahsia Bercucuk Tanam :
- Sebelum bercucuk tanam, pastikan anda kenalpasti jenis tanah terlebih dahulu. Jangan pula di tanam sawi atas tanah liat dan di bawah sinaran matahari tanpa protection. InsyaAllah tak hidup.
- Jika boleh, uji pH tanah sebelum bercucuk tanam menggunakan alat khas penyukat pH tanah. Sekarang dah ada jual di Lazada benda tu, tak mahal sangat. Orang dulu-dulu mereka expert bab check tanah tanpa perlu ada sebarang alat. Tapi kita tak sehebat orang tua dulu-dulu. pH tanah adalah faktor yang sangat penting di dalam bercucuk tanam. Jika tanah yang berasid tinggi, tinggi kemungkinan tanaman anda akan mengalami masalah atau tidak menjadi.
- Jika tanah dah cantik, tak ada asid yang tinggi sekarang anda bolehlah gembur-gemburkan tanah. Kalau malas nak gembur, ajak anak-anak main tanah sekali sebab mereka memang suka main tanah walaupun dilarang. Buat batas tanaman yang kecil dan comel sahaja, tak perlu nak buat besar-besar sangat nanti jiran sebelah sindir “Ooi yeop, bila nak panggil lori angkat sayur..?” kita akan terasa marah pula.. hehe
- Jika tak mahu menggunakan sistem batas, anda bolehlah beli Polybag hitam dari kedai baja. Ianya taklah mahal sangat, sekitar RM5 sahaja dan kandungannya banyak keping. Isikan tanah kemudian bercucuk dan tanamlah di dalamnya. Tetapi anda perlu baca bagi habis mengenai tanaman yang menggunakan polybag ni.
- Biarkan tanah batas yang digembur tadi di dalam tempoh 5 hingga 10 hari sebelum memulakan tanaman.
Kemudian, anda dinasihatkan untuk tabur baja terbaik untuk semua jenis sayuran BAJA DOLOMITE yang saya jual ke atas batas dicampurkan pula dengan BAJA KOMPOS (Sisa Sawit). Ini bagi memastikan Nematod dan Patogen benar-benar sudah mati. Ada orang, lepas buat batas terus tabur benih. Maka Nematod dan Patogen akan tersenyum riang kerana anda berikan mereka makanan tanpa di duga..hehe..
Semasa tunggu tempoh batas siap dalam 10 hari, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan lakukan semaian anak benih.
Selepas hari ke-10, pindahkan anak benih turun ke batas dan dilakukan dengan penuh kasih sayang. Tak boleh kasar nanti anak benih putus akar dan mati.
Selesai sudah Rahsia Bercucuk Tanam. Sekarang saya nak kongsikan pula “BAJA TERBAIK UNTUK SEMUA JENIS SAYURAN”
Sebelum itu, anda lihat gambar tanaman bendi saya di belakang rumah. (rujuk imej di bawah)
Mengapa Perlu Guna Baja Dolomite ?
Kerana Baja Dolomite BAJA TERBAIK UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN termasuk sayuran. Baja Dolomite ialah sejenis bahan mineral yang diproses sehingga menjadi serbuk halus. Baja Dolomite juga mengandungi Magnesium dan Kalsium yang tinggi, juga dapat menstabilkan semula tanah yang mengalami masalah Asid yang tinggi.
Selain dari itu, Baja Dolomite juga boleh mematikan Nematod, sejenis cacing yang sering menganggu akar tanaman yang boleh mengakibatkan kematian pada pokok. Sila rujuk pada tajuk di sini > Cara Mengawal Masalah Akar Tanaman Yang Rosak
Setakat ini perkongsian saya mengenai entri : Baja Terbaik Untuk Semua Jenis Sayuran
Sebarang persoalan, sila gunakan diruangan komen di bawah. InsyaAllah saya akan reply sekiranya ada kelapangan.
Assalammualaikum
[…] Baja Terbaik Untuk Semua Jenis Sayuran […]
[…] Baja Terbaik Untuk Semua Jenis Sayuran […]
[…] Baja Terbaik Untuk Semua Jenis Sayuran […]