Baja Sisa Sawit adalah baja yang terhasil dari sisa kelapa sawit yang dikompos menggunakan teknologi terkini Baja Sisa Sawit (Kompos)diperkaya dengan mineral dan mikroorganisma berfaedah membantu meningkatkan aktiviti mikrob di dalam tanah.

Keunikan adalah bebas daripada tanah patogen dan nematod, selain dari itu ianya juga bebas dari sisa kimia, dan kombinasi mikrob dan mineral berfaedah yang tinggi, dan juga kandungan nutrien yang mencukupi.

Kompos yang dihasilkan adalah 100% organik menerusi kaedah pengomposan iaitu proses penguraian (pengoksidaan) sisa buangan organik kepada bahan akhir yang stabil dan boleh digunakan semula untuk tujuan penanaman.

Aktiviti penguraian bahan ini dipengaruhi unsur mikroorganisma, pengudaraan, kelembapan dan nutrien atau bahan dikompos yang bersesuaian.Baja Sisa Sawit (Kompos)

 

Produk ini juga sangat sesuai untuk anda yang ingin melakukan aktiviti penanaman bercucuk tanam seperti sayur-sayuran, pokok buah-buahan dan penanaman pokok hiasan.

Entri Lain :


Cara Menggunakan Baja Sisa Sawit

Sekiranya anda belum pernah menggunakan baja dari sisa sawit, di bawah kami sediakan sedikit langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh anda:

  • Pastikan tanaman anda yang ingin digunakan sisa sawit dicampur dengan top soil dan sedikit pasir. (JANGAN GUNA SISA SAWIT SEMATA-MATA).
  • Nisbah campuran ialah seperti berikut : 3:2:1 iaitu 3 tanah, 2 pasir dan 1 sisa sawit. (rujuk sini cara campuran)
  • Pastikan tanaman anda mendapat air yang secukupnya bagi mengekalkan kelembapan akar.
  • Anda juga digalakkan untuk mencampurkan baja sisa sawit dengan baja Dolomite untuk menambahbaik tanaman untuk jangka masa yang panjang.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.bajataiping.com atau hubungi 011-1147 6291

Untuk pembelian secara online, anda boleh pilih 2 cara di bawah iaitu :

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Beli Baja Sisa Sawit dari Lazada Malaysia