Pernahkah anda lihat tanaman atau pokok yang hidup tetapi tidak banyak daun atau ada juga pokok yang langsung tidak berdaun?

Pokok tanpa daun

Pokok tanpa daun

Mungkin pernah dilihat bukan? Haha tanaman saya sendiri pernah mengalami masalah kekurangan daun tetapi masih hidup dan berbuah. Alhamdulillah selepas saya jumpa dengan “Baja Daun” pokok saya kembali berdaun lebat dicampur pula dengan Dolomite, pokok pun berbuah dengan baik sekali.

Baja Organik Untuk Melebatkan Daun Pokok

Hari ini saya nak kongsikan sejenis lagi baja yang saya mula jual kepada para pelanggan iaitu Baja Daun. Dengan baja ini, dapat membantu melebatkan daun semua jenis tanaman termasuk sayuran dan pokok buah-buahan.

Baja Daun Dan Fungsinya

Baja daun atau lebih dikenali sebagai urea 46% mengandungi sumber Nitrogen (N) yang sangat tinggi berbanding lain-lain jenis baja dan ianya diformulasikan khas untuk menggalakkan daun. Kadar nitrogen yang terdapat di dalam baja daun ini ialah 46%.

Fungsi baja daun tidak lain adalah untuk melebatkan daun serta mengatasi masalah tanaman atau pokok yang kekurangan atau tidak berdaun. Daun adalah penting untuk kehidupan tanaman. Kerana pokok tanpa daun, bagaimana untuk menyerap cahaya (sumber makanan) kepada mereka.

Cara Menggunakan Baja Daun

Cara untuk menggunakan baja daun adalah seperti berikut :

  1. Tabur sekitar 1 sudu untuk tanaman hiasan di dalam pasu atau sayuran hijau.
  2. Pastikan baja ditabur jauh dari tanaman bagi mengelakkan kerosakan pada sistem akar.
  3. Air perlu disiram
    sekurang-kurangnya 2 kali setiap hari
  4. Jarak penggunaan sebaiknya 30 hari sekali.
  5. Untuk menambahbaik struktur tanaman, anda digalakkan untuk campurkan dengan Baja Dolomite yang boleh didapati bersama Baja Taiping.

Baja Daun- Sesuai Untuk Semua Tanaman

Info Tambahan Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Baja Daun

Sekiranya anda berhajat untuk menggunakan baja daun, perkara yang paling penting adalah untuk anda:

  • Sentiasa simpan baki baja daun ini di dalam bekas kedap udara selepas digunakan.
  • Jauhkan dari cahaya matahari kerana baja ini amat mudah mencair.
  • Pastikan diletakkan jauh dari besi kerana besi akan mudah berkarat.
  • Jangan bagi anak kecil menyentuh baja ini kerana ianya akan berasa sedikit panas.

Entri Lain:


Cara Pembelian Baja Daun

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan baja daun ini, bolehlah lakukan pembelian di 3 platform jualan dari Baja Taiping iaitu di platform berikut :

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Lazada
  3. Shopee

Baja Daun Ready Stock

Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai baja daun ini, sila tinggalkan komen di bawah, InsyaAllah saya akan reply dalam masa terdekat.