Dolomite Untuk Tanaman Durian

Dolomite juga sangat sesuai untuk tanaman durian dari semua gred pokok. Baik yang masih anak mahupun pokok durian yang sudah matang. Menggunakan dolomite pada pangkal pokok durian, secara tidak langsung akan menambah baik struktur pokok dan menguatkan sistem akar.

Dolomite bukan sekadar baja biasa, malah ianya sejenis bahan galian mineral yang mampu memperbaiki struktur tanah pada sekitar tanaman. Terdapat banyak kelebihan dolomite, diantaranya untuk mereka yang mempunyai kebun tanaman.

Sekiranya anda mempunyai pokok durian, saya sarankan guna baja dolomite kerana pokok anda akan kelihatan lebih sihat dan besar dengan sangat cepat. Untuk pembelian dolomite, anda boleh terus klik pada pautan ini > Pembekal Dolomite Untuk Durian (Lazada)

Mengapa Dolomite Sesuai Untuk Durian?

Kerana Dolomite dapat memulihkan pH tanah tanaman yang berasid atau berakali kepada neutral dan sesuai untuk semua jenis penanaman termasuk durian.

Ianya juga dapat membantu untuk membunuh penyakit dari dalam tanah yang sering menyerang struktur akar iaitu Nematod. Anda boleh baca mengenai Nematod dengan klik di sini: Cara Mengawal Masalah Akar Tanaman Yang Rosak