Kembali semula ke meja komputer yang sudah berhabuk. Assalamualaikum wbt. Apa khabar rakan-rakan tani saya di luar sana? Semoga kita semua terus dilindungi oleh Allah SWT.

Tarikh terakhir saya masukkan entri pada…kejap saya check.. aha 22hb.Mac 2020. Iaitu 4 hari bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan) di negara kita. Hari ini sudahpun 10hb.Mei 2020. Tudia punya la lama baru nak berblog balik.

Agak bosan ya apabila kita berada dirumah tanpa sebarang aktiviti semasa musim PKP yang lalu. Tetapi saya sibukkan jadual hidup keluarga dengan Normal Baharu. Apa benda perubahan dalam keluarga saya sejak PKP? Jom kita baca ka bawah :

Rutin Harian Sejak PKP

  1. Waktu bangun tidur ada anjakkan sikit. Selalunya kami bangun jam 4:30 pagi sebab anak nak ke sekolah, tetapi sejak PKP ni, ditambah pula bulan Ramadhan dan anak-anak tak bersekolah, semua tidur lewat. Jadi bangun pun lewat la juga. hehe
  2. Ternak ayam daging dan dah pun sembelih. Tudia, punya la lama terkurung kerana PKP, saya dan keluarga sempat ternak ayam daging 20 ekor. Dalam masa 35 hari sahaja, ayam kami sudahpun besar. Sampai makan pun duduk le. Punya la gemuk. Ini tugasan 2 orang anak laki-laki saya. Mereka ditugaskan untuk berikan ayam makan, air dan basuh tahi ayam. hehe
  3. Ada lagi, sejak PKP ni, sayur kangkung, sawi, bayam semua tak beli. Tanam (akuaponik) dan makan. haha.. Saya buatkan sistem Akuaponik di belakang rumah. Sambil bela ikan talapia sambil tanam sayuran atas tu. Akuaponik set pun D.I.Y.. Air semua tak perlu siram. Jalan automatik dari tangki ikan. Tu sebab boleh bangun lewat musim PKP. hehe
  4. Kalau ke kedai pun, saya seorang sahaja dan hanya keluar untuk dapatkan beras, minyak, gula dan beberapa barang keperluan sahaja. Stok mentah saya sudah sediakan di rumah. Alhamdulillah kami berjaya lepak dirumah sekeluarga dan kembali jadi petani zaman dulu kala.

Ada satu hari, malas nak keluar beli barang dapur, merasa juga kami makan ubi kayu. Haha.. Ini pengalaman terbaik kami. Apapun PKP memang berikan satu tekanan yang besar buat kita semua. Dan impaknya amat terasa, bukan sahaja kepada kita yang dewasa ni, malah anak-anak kecil juga menderita kerana mereka terkurung sepenuhnya.


Tool Baja Khas (Baja Paling Sesuai Dan Kuantiti Bagi Tanaman Anda)

Kembali semula pada tajuk asal yang ingin saya kongsikan pada subuh ini, iaitu Tool Baja Khas (Baja Paling Sesuai Dan Kuantiti Bagi Tanaman Anda).

Saya ada buatkan 1 tool di mana tool ini membolehkan anda untuk :

  • Ketahui jenis baja yang sesuai untuk pokok
  • Ketahui jenis baja yang sesuai untuk sayur
  • Ketahui jumlah baja yang perlu ditabur dengan sukatan yang betul kepada pokok
  • Ketahui jumlah baja yang perlu ditabur dengan sukatan yang betul kepada sayur

Tool Baja Khas (Baja Paling Sesuai Dan Kuantiti Bagi Tanaman Anda)

Ramai pelanggan saya di Lazada dan Shoppe, sering bertanya pada saya melalui WhatsApp, bagaimana cara guna baja, berapa sukatannya itu, ini… Jadi, hari ini berpandukan pada tool yang telah saya bina ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang bermain mengenai baja.

Pandu Uji Tool Baja : Klik Di Sini

Terdapat beberapa peringkat soalanyang perlu anda pilih dan berikan jawapan di dalam tool tersebut seperti :

  • Jenis pokok atau yang anda tanam
  • Huraikan jenis tersebut
  • Kaedah penanaman yang anda buat
  • Anggaran keluasan atau ketinggian pokok

Serta banyak lagi. Semua ini pada penghujungnya, tool akan berikan kesimpulan jenis dan kuatiti baja yang paling sesuai untuk pokok milik anda. Tak susahkan? Segalanya dihujung jari sahaja. Saya sudahpun aplikasikan tool untuk baja buat anda semua. Jom kita cuba tool ini dengan klik di sini : https://kedai.bajataiping.com/cara-mudah-untuk-ketahui-kuantiti-dan-jenis-baja-pada-pokok/


Entri Lain :


Sementara jari tengah rajin menaip ni, ingin saya kongsikan seperkara lagi iaitu, saya sudahpun melancarkan Kedai Baja Online. Kedai ini diberi nama Kedai Baja Taiping.

Yang menarik tentang Kedai Baja Taiping ialah, saya telah masukkan pelbagai jenis baja dan anda yang berminat untuk lakukan pembelian boleh terus ke platform tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai tajuk yang ingin dikongsikan. Jika ada sebarang pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah. Insya Allah saya akan reply dalam masa terdekat.

Jaga diri walau di mana sahaja anda berada. Dan yang paling penting ialah #staysafe #stayhome .. Assalamualaikum