Assalamualaikum wbt. Terasa seperti lama tak mengupdate entri baru ke blog Baja Taiping ni. Apa khabar rakan-rakan tani semua? Semoga anda semua sihat sejahtera. Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi bukti kebaikan dolomite dengan lebih jelas kepada rakan-rakan.

pH Meter Membuktikan Perubahan pH Tanah Menggunakan Dolomite

Baiklah, saya akan straight forward mengenai tajuk kali ini. Minggu lepas saya singgah di sebuah kedai yang menjual pokok bunga (Kamunting) untuk mencari benih anak pokok kunyit hitam, malangnya tidak ada stok anak pokok tersebut. Dan sebelum pulang dari kedai pokok bunga tu, mata saya terpandang ke pH Meter yang tergantung kat kedai tu. Kemudian saya pun belilah dengan harga RM35.

pH Meter Membuktikan Perubahan pH Tanah Menggunakan Dolomite

pH Meter Membuktikan Perubahan pH Tanah Menggunakan Dolomite

Tauke kedai tu sempat bersembang dengan saya dan ajarkan beberapa fungsi pH Meter yang sebelum ini saya sendiri pun tak pernah guna lagi. Inilah kali pertama saya gunakannya. Alhamdulillah, segala ilmu yang tauke tu kongsikan, saya akan share di sini pula.

Lihat pada meter ini macam tiada fungsi apa-apa, sebaliknya meter ini banyak membantu saya minggu ini diantaranya saya dapat kesan masalah pokok yang terbantut disebabkan pH tanah yang tidak seimbang. Jika sebelum ini saya gunakan cara tradisional sahaja untuk menentukan pH tanah, tetapi hari ini tidak lagi. Dunia semakin moden, apa salahnya gunakan meter pula. haha.. Lagipun ianya murah dan mudah didapati.

pH Meter Mampu Kesan Tanah Berasid

pH Meter Mampu Kesan Tanah Berasid

Benar, pH meter telah membuktikan perubahan pH tanah dengan menggunakan campuran dolomite. Saya sendiri telah melakukan ujikaji ke atas tanaman kunyit yang saya tanam. Terdapat 2 pokok kunyit yang ditanam sama hari dan benih dan satu darinya tidak mahu membesar walaupun saya telah gunakan media penanaman (tanah dan baja) yang sama.

Membezakan kedua-dua pokok ialah, Dolomite. Hanya 1 pokok saya taburkan Dolomite dan satu lagi saya tidak taburkannya. Melihat perkembangan yang sangat jauh berbeza, memaksa saya melakukan ujian ke atas pH tanah.

Bukti Dolomite Meneutralkan pH Tanah

Pokok kunyit ini saya tanam sekitar awal bulan Januari yang lepas di mana saya lihat perubahan yang sangat ketara diantara pokok kunyit yang menggunakan Dolomite dan tidak menggunakan Dolomite. Perubahan yang saya dapat lihat adalah dari segi saiz dan tumbesaran.

Dolomite Mampu Pulihkan Tanah Berasid

Dolomite Mampu Pulihkan Tanah Berasid

Sila rujuk video di bawah untuk bukti baja Dolomite mampu meneutralkan pH tanah dengan sangat pantas dan saya yakin, pokok yang terbantut ini akan kembali membesar secara normal di dalam beberapa hari selepas ianya juga menggunakan Dolomite.

Mohon jasa baik anda untuk SHARE video ini kepada rakan-rakan pertanian yang lain untuk kita sama-sama maju ke hadapan di dalam bidang pertanian.

Cara Menggunakan pH Meter Untuk Kaji pH Tanah Dengan Kaedah Yang Betul

Di bawah terdapat beberapa langkah cara menggunakan pH meter. Ianya mudah sahaja untuk digunakan cuma buat mereka yang belum tahu fungsinya, saya akan kongsikan tips penggunaan serta cara mengatasi masalah tanah dengan lebih terperinci di bawah.

Langkah 1 :

Cara Guna pH Meter Langkah 1

Cara Guna pH Meter Langkah 1

Langkah 2 :

Cara Guna pH Meter Langkah 2

Cara Guna pH Meter Langkah 2

Langkah 3 :

Cara Guna pH Meter Langkah 3

Cara Guna pH Meter Langkah 3

Cara Mengatasi Masalah Tanah Berasid 

Sekiranya tanah tanaman anda mempunyai pH berasid, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menabur Dolomite. Tidak perlu banyak untuk tabur pada tanaman, ikut sukatan yang diperlukan sahaja. Anda boleh rujuk di sini sukatan Dolomite (Cara Penggunaan Dolomite Dan Sukatannya).


Entri Lain :


Langkah 1 :

Bancuhkan Dolomite dengan air, kemudian siramkan pada pangkal tanaman atau anda juga boleh tabur secara terus (kering) ke kawasan akar tanaman.

Cara Meneutralkan pH Tanah Menggunakan Dolomite

Cara Meneutralkan pH Tanah Menggunakan Dolomite

 

Cara Meneutralkan pH Tanah Menggunakan Dolomite Rajah 2

Cara Meneutralkan pH Tanah Menggunakan Dolomite Rajah 2

Langkah 2 :

Lakukan bacaan meter sekali lagi (repeat) setelah anda tabur dolomite. Pastinya akan kelihatan pH tanah menjadi neutral ini adalah satu jaminan dari saya.

Bacaan Meter Setelah Masukkan Dolomite

Bacaan Meter Setelah Masukkan Dolomite

Mengapa Perlu Diuji pH Tanah?

Kerana, tanah dikawasan kediaman kita bukan lagi tanah asli. Kebanyakannya adalah dari jenis tanah tambak yang dikorek dari dalam bukit, bukan tanah atas bukit (top soil) untuk pembinaan rumah. Tanah tambah seringkali dari unsur kelikir dan ianya berasid.

Sudah menjadi kebiasaan kepada saya mendengar keluhan ramai pelanggan bahawa tanaman mereka tidak subur. Ini sangat mengecewakan. Kerana modal untuk penanaman bukannya kecil. Dan kita memang berharap setiap tanaman akan kekal subur, malangnya tanaman tidak menjadi disebabkan pH tanah yang tidak dikaji.

Sekiranya kita tahu apakah unsur tanah kita, maka tanaman dapat hidup subur dan membesar dengan sempurna, tanpa memerlukan kos rawatan tanah yang tinggi.

Cara Untuk Beli Dolomite

Anda boleh dapatkan dolomite original yang saya jual melalui 2 platform iaitu :

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Lazada
  3. Shopee

Atau anda juga boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai pembajaan tanaman. InsyaAllah saya akan kongsikan setakat mana yang saya tahu di 011-11476291

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Bukti Dolomite Mengubah pH Tanah. Assalamualaikum..