Baja Dolomite Mini Pek sememangnya tidak dapat ditemui di mana-mana kedai baja ataupun nurseri di dalam Malaysia. Disebabkan itu, Baja Taiping menjual serta menyediakan Baja Dolomite mini pek untuk peminat tanaman berskala kecil seperti kegunaan pada tanaman di kawasan perumahan atau kebun yang kecil.

Kelebihan Baja Dolomite

Sebelum anda guna atau beli Baja Dolomite, terlebih dahulu anda perlu tahu sedikit sebanyak fungsi baja ini ke atas tanaman atau ternakan serta tindakbalasnya. Diantara kelebihan Baja Dolomite adalah seperti berikut:

  1. Dolomite dapat membantu untuk memulihkan pH tanah yang masam.
  2. Dolomite dapat meningkatkan kesihatan pada semua jenis tanaman.
  3. Dolomite juga dapat menyihatkan badan semua jenis haiwan ternakan seperti (Ayam, Kambing, Lembu dll)
  4. Dolomite juga boleh digunapakai ke atas ternakan udang dan ikan dalam sangkar.

Ini kerana, Baja Dolomite ialah sejenis bahan galian (mineral) yang telah diproses menjadi serbuk halus dan telah berjaya digredkan. (Klik sini untuk lihat Kekerapan Pertanyaan Baja Dolomite)

Kandungan Baja Dolomite

Setiap baja sudah pastinya ada isi kandungannya tersendiri, begitu juga dengan Baja Dolomite ini. Ianya sebenarnya bukan dari jenis Baja, tetapi lebih kepada bahan sokongan (mineral) yang tinggi sumber Magnesium dan Kalsium untuk pelbagai guna. Di bawah, ialah isi kandungan yang terdapat di dalam Baja Dolomite :

  1. CaO – Min : 30.6%
  2. CaCO³ – Min : 55%
  3. MgO – Min : 19%
  4. MgCO³ – Min : 42.5%

Disebabkan itu, Baja Dolomitebukan sekadar untuk tanaman juga boleh digunapakai ke atas haiwan ternakan untuk tumbesaran yang lebih baik sekaligus menjadikan haiwan ternakan, tanaman menjadi sihat.

Baja Dolomite Mini Pek

Terdapat beberapa variasi pembungkusan yang boleh anda beli bagi Baja Dolomite Mini Pek, iaitu:

  1. Baja Dolomite Pek 1KG (RM10.90)
  2. Baja Dolomite Pek 3KG (RM21.90)
  3. Baja Dolomite Pek 5KG (RM35.90)

Dolomite mini pek ini sangat sesuai untuk anda yang bercucuk tanam serta untuk penggunaan ke atas haiwan ternakan secara kecil-kecilan seperti:

  1. Tanaman sayur-sayuran
  2. Tanaman pokok hiasan
  3. Tanaman pokok buah-buahan
  4. Ternakan ayam, kambing dan lembu
  5. Haiwan peliharaan seperti kucing