Peluang Untuk Usahawan Baja

Peluang Untuk Usahawan Baja

Assalamualaikum WBT. Syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini sekali lagi kami berkesempatan untuk pos satu lagi entri di mana entri kali ini agak unik, iaitu Baja Taiping sedang mencari wakil jualan baja di seluruh semenanjung Malaysia.

Mencari Wakil Jualan Baja Seluruh Malaysia

Ya, tidak kira di mana juga lokasi anda, sekiranya anda berminat dalam penjualan baja, kini kami melantik wakil jualan bagi individu, daerah dan negeri. Baja ini mula memasuki pasaran tempatan dengan begitu pantas sejak kami tubuhkan sekitar tahun 2017.

Di atas permintaan yang agak tinggi dan luarbiasa dari pelanggan kebelakangan ini, memaksa kami untuk melantik wakil jualan dengan meluas, dan pihak kami akan lakukan penghantaran baja secara pukal (Bulk Order) kepada setiap wakil jualan.

Sekiranya ada diantara anda yang berminat untuk lakukan penjualan baja, tidak kira di rumah, di kedai, di pasar malam ataupun kedai sedia ada mahupun di mana sahaja, kini boleh berdaftar sebagai wakil jualan. Terdapat 3 kategori wakil yang diperlukan iaitu :

  1. Wakil Individu (Ejen Kecil) Seramai Mungkin
  2. Wakil Daerah (30 Wakil Untuk Seluruh Negeri)
  3. Wakil Negeri (12 Wakil Untuk Negeri)

Syarat Pendaftaran Sebagai Wakil Jualan

Kepada mana-mana pihak yang berminat untuk sertai dalam penjualan baja, anda hanya perlu isikan maklumat di dalam borang khas yang telah disediakan > KLIK SINI UNTUK DAFTAR

Produk Baja Taiping

Untuk pengetahuan anda yang berminat untuk menjadi wakil jualan, produk baja keluaran kami mempunyai lebih dari 100 jenis baja yang telahpun berada dalam pasaran dijual secara berasingan dan 57 darinya yang dipek khas untuk tanaman pokok tempatan.

Diantara produk yang mendapat permintaan tertinggi adalah baja berkaitan penanaman berikut :

  • Baja untuk tanaman buah tempatan
  • Baja untuk tanaman sayuran
  • Baja tanaman untuk pokok hiasan

Baja-baja kami telahpun melepasi jualan 300,000 unit lebih hanya menggunakan platform jualan online seperti Lazada, Shopee, Tik Tok dan juga Facebook semenjak 2018.

Untuk tujuan komersil, kami memerlukan wakil jualan bagi memudahkan aliran pengguna mendapatkan produk dan informasi secara terus di kawasan anda (wakil).

Kelebihan Menjadi Wakil Jualan Baja Taiping

  • Keuntungan yang tinggi
  • Tidak memerlukan modal yang besar
  • Menerima kit perniagaan lengkap seperti :
    1. Banner
    2. Bunting
    3. Buku Resit
    4. Flyers
  • Maklumat dan tunjuk ajar baja disediakan melalui Google Meet oleh wakil kami yang berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian
  • Mesyuarat jualan setiap bulan kepada semua wakil
  • Dan banyak lagi yang kami akan kongsikan kepada anda

Mohon sekarang sebagai wakil jualan, pastinya dapat mengubah corak kehidupan anda terutama golongan yang masih belum bekerja atau ingin buat sebagai pendapatan sampingan sangat dialu-alukan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan untuk lantikan wakil kami dibuka mulai 07hb.September 2013. Anda boleh sahaja untuk terus hadir (walk in) ke premis kami yang beralamat di > Kampung Baru Batu Sungai Relong, Kamunting

Kekerapan Pertanyaan Wakil Jualan

Kadar keuntungan akan diperincikan setelah wakil mengisi borang pendaftaran dan berjaya diterima oleh kami.

Pihak kami akan menguruskan penghantaran baja melalui 2 kaedah iaitu :

  1. Menggunakan khidmat kurier (dikenakan caj)
  2. Pikap Sendiri oleh wakil

Ya, setiap pek baja dilabelkan jenis dan cara penggunaan. Di bawah adalah sampel baja

Baja Taiping

Ya, untuk setiap pembungkusan yang rosak atau pecah, pihak pembekal akan gantikan semula tanpa sebarang caj.

Sekiranya anda tiada modal untuk mulakan perniagaan, pihak kami dapat berikan bantuan dengan cara anda menjual secara online di media sosial.

Minimum order 50 Pek Baja (500Gram) dan ke atas.

Minimum order RM1,000 dan ke atas

Minimum order RM5,000 ke atas

Maaf, perniagaan ini memerlukan anda untuk keluarkan modal dan ianya bukan 1 paksaan. Pihak kami tidak dapat mengembalikan wang modal yang telah didepositkan.

Ya, sekiranya anda berminat untuk menjadi wakil jualan di dalam daerah anda, kami sangat berbesar hati.