Kemaskini
Covid-19
Malaysia Kemaskini Terbaharu Covid-19 Di Malaysia (Malaysia Covid-19 Update)Global
+0 (24h)
0
Dijangkiti
0
+0 (24h)
0
Kematian
0
NAN%
0
Pulih
0
NAN%
0
Aktif
+0 (24h)
0
Dijangkiti
0
+0 (24h)
0
Kematian
0
NAN%
0
Pulih
0
NAN%
0
Aktif

Assalamualaikum wbt. Hari ini 22hb.Mac 2020. Apa khabar para pembaca blog Baja Taiping? Saya doakan semoga kita semua terus dilindungi oleh Allah SWT.

Hari ini sudahpun masuk hari ke-5 kita berada dan terkurung di dalam rumah bagi mengekang virus yang sedang mengganas menyerang tubuh badan manusia tanpa mengira darjat dan siapa jua kita. Saya juga sarankan rakan-rakan pembaca blog untuk lebih berhati-hati dengan situasi yang sangat getir sekarang.

Kemaskini Terbaharu Covid-19 Di Malaysia (Malaysia Covid-19 Update)

Tujuan saya hari ini ialah untuk saling berkongsi platform mengenai situasi terkini jumlah warga Malaysia yang telah dijangkiti virus covid-19 ini. Jadi, anda boleh lihat angka di atas secara rasmi dan ianya sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Di bawah ialah kemaskini terbaharu untuk negara kesayangan kita, Malaysia :

Malaysia

0
Confirmed
0
Deaths
0
Recovered

Di bawah ini pula ialah kemaskini mengenai Covid-19 seluruh dunia :

Carta Dunia

Covid-19 Dan Cara Mengatasi

Apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia, ialah mengikuti semua langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga lain-lain Kementerian bagi sama-sama membendung masalah ini dalam kadar paling segera dan berkesan.

Covid-19 sememangnya sejenis virus yang sangat merbahaya sehingga boleh meragut nyawa manusia dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Ini juga sangat menakutkan saya sendiri malah seluruh ahli keluarga. Cara mengatasi atau mengelak dari virus ini, apa yang saya lakukan adalah seperti berikut :

  1. Tidak keluar ke mana-mana dan mengurungkan diri di dalam kawasan kediaman.
  2. Sekiranya saya ke pasar atau membeli barangan keperluan, setiba di rumah saya akan minta ahli keluarga jauhkan diri dari saya sehingga saya selesai mandi dan menggantikan pakaian di luar rumah.
  3. Saya akan rendamkan pakaian saya dengan Clorox dan dicampurkan dengan air suam kemudian cuci dan terus sidai di tempat yang 100% kena matahari.
  4. Barulah saya melangkah masuk ke rumah.

Langkah Pencegahan Virus Covid-19 Sekiranya Berada Di Luar Rumah

Ketika saya berada di luar (pasar basah atau kedai runcit) untuk tujuan pembelian barangan keperluan, langkah yang saya ambil ialah seperti berikut bagi memastikan virus dapat dihindar :

  1. Sudah pastinya saya menggunakan Facemask. Facemask saya bukan yang dijual dari Farmasi, malah Facemask saya ialah dari jenis untuk tujuan meracun. Kerana Facemask biru tu sudah tiada di Farmasi kawasan Taiping dan Kamunting ni. Jadi terpaksalah saya gunakan Facemask Racun, lebih baik sebenarnya tetapi sedikit panas dan tebal.
  2. Saya akan cuba menjarakkan diri dengan orang ramai. Sekiranya saya nak beli ayam atau ikan, jika peniaga tersebut mempunyai ramai pelanggan, saya tidak akan berkumpul malah saya akan cepat-cepat beredar dari zon ramai tersebut dan beli pada peniaga yang paling kurang pelanggan. Urusan juga lebih cepat tanpa perlu berlengah.
  3. Pilih barangan yang boleh dibasuh seperti :
    • Timun (basuh bersih dan buang kulit sebelum makan)
    • Gobis/Kubis (buang 1 atau 2 lapisan daun atas dan basuh sebelum dimakan)
    • Santan serbuk ada pilihan lebih baik dari santan kelapa yang diparut kerana ianya agak terdedah.
    • Ayam, balik ke rumah, basuh dengan air yang banyak kemudian, buangkan lapisan kulit keseluruhan. Kerana ayam daging kebanyakkan yang dijual adalah terdedah kepada orang ramai. Langkah seterusnya saya lumurkan dengan garam + tepung kemudian basuhkan sekali lagi.
  4. Musnahkan semua kertas atau plastik dari kedai atau pasar dengan lakukan pengasingan sebelum masuk ke rumah. Cara musnahkan tidak boleh dibakar kerana kerajaan tegah pembakaran terbuka, saya tanam buat sementara waktu. Plastik tidak akan hancur tetapi dapat dielakkan dari sebarang kuman yang terdedah jika ditanam.
(Alternatif Facemask) Facemask Meracun Untuk Elak Covid19

(Alternatif Facemask) Facemask Meracun Untuk Elak Covid19

Perkara Yang Agak Menakutkan Saya Mengenai Covid 19 Ialah

  1. Virus yang lekat pada wang kertas atau syiling.
  2. Mereka yang ke pasar tanpa sebarang protection seperti tidak menggunakan Facemask.
  3. Masih ada ramai orang seperti tidak hiraukan penyakit berjangkit ini di pasar terutama warga kampung.
  4. Juga masih kelihatan mereka keluar secara berpasangan (suami dan isteri, ayah dan anak dll).

Entri Lain :


Aktiviti Semasa Berada Di Rumah Dalam Tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan

Baru masuk hari ke-5, apa yang saya perhatikan post mereka di laman sosial seperti Facebook sudah mula bosan kerana tiada aktiviti atau aktiviti yang sangat terhad semasa tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan“.

Buat anda yang mempunyai halaman rumah dengan sedikit kawasan lapang, bolehlah menjalankan aktiviti dengan menanam pokok bunga atau pokok sayuran. Sekiranya kediaman anda langsung tiada halaman bagaimana pula? Kongsikan apa yang anda lakukan diruangan komen di bawah bagi kita sama-sama berkongsi aktiviti semasa perintah ini sedang dilaksanakan.

Bagi saya sendiri, ada juga buat beberapa perkara bagi menghilangkan rasa bosan bersama anak-anak dan isteri diantaranya kami melakukan :

  • Menanam sayuran.
  • Mengubah suai (trim) pokok bunga.
  • Mengajar anak-anak mengaji.
  • Kadang-kadang kami tidak lihat perkembangan berita di TV kerana ini akan menambahkan lagi tekanan.
  • Bina reban ayam dengan sedikit peralatan dan perkakasan yang ada.
  • Sebelah malam kami berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isya.
  • Lakukan aktiviti masak bersama.

Terasa agak panjang tempoh 14 hari ini, tetapi kita perlu berkorban. Terus kekal berada di rumah dapat membantu penyakit ini untuk segera dihapuskan.

Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Pencipta. Allah yang mencipta dan Dia juga akan mematikan. Begitu juga degan Virus Covid-19 ini, kita terus berdoa supaya Allah dapat membantu hidup kita dengan izinNya. Amin..Amin Ya Rabbalalamin.

Sebelum mengakhiri post saya kali ini, ingin sekali lagi saya nasihat dan ingatkan semua pihak, agar kita kekal berada di rumah dan berdoa dan terus berdoa. Jaga diri baik-baik dan salam sayang dari saya, Baja Taiping.