Ada beberapa pelanggan call dan minta saya jualkan Garam Pertanian, kata mereka ianya sukar untuk didapati di kawasan mereka. Baiklah, hari ini saya sudah mula buka untuk jualan garam pertanian ini.

Kepada anda yang belum tahu kegunaan garam pertanian, hari ini saya kongsikan segalanya di dalam blog ini. Rajin-rajinlah membaca ya. Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya tanya kepada pembaca, sudahkah anda mencuba Baja Dolomite? Jika belum cuba, cubalah hari ini untuk pokok kesayangan anda.

Garam Pertanian Untuk Kelapa Dan Mempelam

Benar, garam ini lebih sesuai untuk semua jenis pokok kelapa dan juga mempelam. Apakah sebabnya? Dan adakah pokok lain boleh guna garam pertanian juga? Teruskan membaca.

Garam Pertanian Untuk Kelapa Dan Mempelam

Garam Pertanian Untuk Kelapa Dan Mempelam

Ini disebabkan garam pertanian ialah dari sumber Ammonium Sulfate dan ianya membuatkan tanah di kawasan tanaman yang berakali kembali neutral dan sesuai untuk pokok kelapa dan juga mempelam. Ini terjadi kerana garam ini akan melepaskan ion ammonium dan membentuk sedikit asid dan menurunkan keseimbangan pH tanah.

Dalam masa yang sama, garam ini juga menyumbang sumber nutrien penting untuk pokok kelapa dan juga mempelam.

Baja ini juga ada 2 cara penggunaannya iaitu :

  1. Ditabur pada sekitar pokok.
  2. Dibancuh dengan air dan disiramkan kepada pokok.

Kedua-dua cara di atas adalah untuk menghalang serangga dan menyuburkan tanaman anda.

Kandungan Garam Pertanian

Garam pertanian atau Ammonium Sulfate ini mengandungi elemen berikut :

  1. 21% Nitrogen
  2. 24% Sulfur

Ianya sejenis garam bukan organik dan berfungsi untuk pembajaan pada tanah.

Fungsi Garam Pertanian Kepada Pokok

  1. Pastinya untuk pulihkan tanah yang berakali
  2. Menggalakkan sistem akar tanaman
  3. Mengelakkan serangan perosak pada akar, daun dan batang
  4. Menghijau dan melebatkan daun tanaman
  5. Memperkaya dengan mikro serta mikroorganisma ke dalam tanah
  6. Meningkatkan kandungan pegangan air serta nutrien
  7. Mengelakkan akar yang reput
  8. Membunuh bakteria serta kulat jahat
  9. Menguatkan buah supaya tidak mudah gugur
  10. Penghasilan buah lebih banyak dan luar biasa

Kekerapan Pertanyaan Mengenai Garam Pertanian

  1. Bolehkah saya guna garam pertanian untuk pokok sawi?
    • Garam ini tidak sesuai untuk sayuran berbatang hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan lain-lain yang berbatang hijau.
  2. Berapa banyak perlu saya tabur garam untuk pokok kelapa yang berumur 1 tahun?
    • Untuk sukatan adalah seperti berikut, pokok anak 500g hingga 1kg
    • Pokok matang 2 hingga 3kg
  3. Berapa kali nak tabur garam ni dalam masa setahun?
    • 3 bulan sekali adalah disarankan
  4. Bagaimana cara tabur garam pertanian pada pokok pelam dan kelapa?
    • Pastikan jarak dalam 10cm dari pangkal untuk pokok anak
    • 30cm untuk pokok dewasa
  5. Bolehkah saya guna garam untuk pokok bunga atau pokok hiasan?
    • Boleh tetapi ianya kurang dari 100gram bagi 1 pasu
    • Pastikan air disiram sekurang-kurangnya 3 kali sehari
  6. Adakah pokok kelapa saya akan mati jika terlebih tabur garam ?
    • Pokok kelapa tidak akan mati, sebaliknya daun akan kelihatan sedikit kekuningan kerana garam ini sifatnya agak panas dengan kandungan sulfate
    • Pastikan air disiram 3 kali sehari sekiranya anda menggunakan garam

Sekilas Fakta Mengenai Garam Pertanian

Cuba kita perhatikan semula pokok kelapa dan mempelam banyak ditanam di kawasan mana? Berbukit atau tepi laut? Sudah pasti anda dapat jawapannya.

Benar, pokok kelapa dan mempelam banyak didapati di kawasan tepi laut kerana pasir atau tanah di sana mengandungi garam semulajadi.

Jika anda tinggal di kawasan yang jauh dari laut, anda perlukan garam pertanian ini untuk menghasilkan pokok kelapa dan mempelam yang subur seperti mereka yang tinggal di tepi laut.


Entri Lain:

  1. Cara Mengatasi Masalah Pokok Durian
  2. 5 Sebab Mengapa Pokok Durian Tidak Berbuah
  3. Cara Menggunakan Baja Dolomite Dan Sukatannya

Jenis Pokok Yang Sesuai Guna Garam Pertanian

Baja Terbaik Untuk Kelapa Dan Pelam

Baja Terbaik Untuk Kelapa Dan Pelam

Anda jangan suka-suka beli dan tabur untuk pokok pula garam ini. Kerana ini akan mengundang kematian kepada pokok sekiranya ianya tidak bersesuaian. Sila lihat senarai pokok yang sesuai untuk menggunakan garam pertanian ini :

  1. Semua jenis Kelapa
  2. Semua jenis Mempelam
  3. Semua jenis Bunga Kertas
  4. Semua jenis Pokok Jambu
  5. Padi
  6. Sawit
  7. Belimbing
  8. Nangka
  9. Cempedak
  10. Rambutan
  11. Durian Belanda (sedikit sahaja)

Tips Tanaman Supaya Lebih Menjadi

Sebaiknya anda gunakan Garam Pertanian + Baja Dolomite bagi menghasilkan pokok yang jauh lebih subur dan pengeluaran hasil yang tinggi.

Pembelian Garam Pertanian

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai baja pertanian. Sekiranya anda berminat untuk lakukan pembelian, sila pilih 2 platform di bawah :

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Lazada
  3. Shopee

Sekiranya anda ingin membeli secara pukal atau banyak guni juga saya sediakan tanpa sebarang limit tempahan. Boleh terus hubungi saya untuk pertanyaan di 011-11476291

Baja Garam Stok Tersedia

Baja Garam Stok Tersedia