Cara untuk kenal anak benih durian yang berkualiti sememangnya mengalami sedikit kesukaran sebelum ditanam. Hal ini boleh dikatakan timbul untuk semua orang bukan sahaja anda yang ingin tanam pokok durian secara suka-suka, malah pekebun durian sendiri adakalanya mengalami masalah dalam pemilihan anak benih durian yang berkualiti.

Tidak dinafikan, bahawa semua orang mampu untuk tanam anak pokok durian, tetapi isu yang paling utama ialah jenis atau baka pokok durian tersebut. Di sini, saya ingin kongsikan sedikit tips, “cara untuk kenal anak benih durian yang berkualiti“.

Kenal Pasti Anak Benih Durian Yang Berkualiti

Sebelum anda beli sebarang anak pokok durian, sila ikut beberapa tips yang saya sertakan di bawah sebagai panduan dalam memilih anak benih durian yang berkualiti.

Cara Untuk Kenal Anak Benih Durian Yang Berkualiti

  1. Anak pokok durian kelihatan sangat sihat atau subur secara fizikalnya, perhatikan pada batang serta daunnya.
  2. Keadaan batang dan dahan boleh nampak kuat dan sihat, tanpa ada sebarang masalah. Juga pastikan bahagian pangkal utama atau batang pokok lebih lurus dan tidak melengkung pada hujungnya. Juga anak pokok durian mempunyai banyak cabang, itu adalah satu kelebihan utama.
  3. Beli anak durian yang sudah melepasi tempoh 6 bulan dan ke atas, dan elakkan dari beli anak durian yang sangat kecil atau kurang dari tempoh 6 bulan. Kerana dalam waktu ini, pokok durian belum menunjukkan sifat fizikal sebenar.
  4. Sebaiknya cari anak pokok durian yang telah mencecah ketinggian sekitar 40cm ke atas.
    Check diameter atau sukatan lilitan pada batang dan pastikan ianya melebihi 1 hingga 1.5cm.
  5. Juga, sebaiknya beli anak pokok durian yang mempunyai jumlah daun yang agak banyak.

Mengapa perlu tahu sedikit selok belok mengenai pemilihan kualiti anak pokok durian sebelum ditanam?
Bayangkan setelah anda tunggu lebih dari 5 tahun dan masih belum mendatangkan hasil, pelbagai perasaan mula bermain difikiran. Ada juga kes pokok durian tidak berbuah walaupun setelah berusia lebih dari 10 tahun. Hal ini sangat membingungkan.

Anda mungkin meminati tajuk : Baja Dolomite Untuk Tanaman Durian

Setakat itu sahaja perkongsian mengenai Cara Untuk Kenal Anak Benih Durian Yang Berkualiti. Semoga dengan tajuk ini sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk memiliki pokok durian idaman di masa hadapan. InsyaAllah.