Assalamualaikum wbt. Rasa macam dah banyak hari saya tak berblog mengenai tanaman. Maklumlah dok sibuk mengikuti perkembangan virus (Novel Corona Virus) yang sedang melanda dunia sekarang ni. Apa khabar sahabat-sahabat pertanian saya? Semoga anda semua kekal sihat dan ceria. Dan sebelum pergi lebih jauh, ingin saya menasihati semua pembaca agar berhati-hati di musim serangan virus ni.

Hari ini, jari jemari saya nak kongsikan sebuah lagi entri yang mungkin sudah banyak di internet ni tapi mengikut kaedah masing-masing iaitu, Cara Tanam Anak Pokok Ke Tanah Dari Polybag.

Cara penanaman pokok sebenarnya ada banyak kaedah dan ada juga sesetengah orang tidak menggunakan kaedah yang betul (main hentam saja) untuk tanam anak pokok.

Sang isteri ajak “abang, jom kita ke pasar minggu”, apa lagi dalam otak kita tak lain tak bukan, ingat nak cari anak pokok untuk ditanam dihalaman rumah. Tapi lepas dah beli, bawa balik ke rumah terus tanam tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul. Dulu saya pun macam ini juga, tapi pokok hidup cuma tak mendatangkan hasil. Rupa-rupanya ada kaedah nak tanam pokok yang dibeli. Macam mana kaedahnya tu? Okay, jom kita baca sampai habis. Jika malas nak baca, anda boleh tonton video yang saya dah buatkan ini.

Cara Tanam Anak Pokok Ke Tanah Dari Polybag

Cara tanam anak pokok ke tanah yang dibeli pastinya tidak susah jika kita tahu kaedahnya yang betul. Setiap anak yang dibeli pastinya berada di dalam polybag atau pasu kecil.

Jadi, untuk perkara yang diperlukan semasa penanaman anak pokok ke tanah adalah seperti berikut :

  1. Sediakan tool berkebun seperti :
    • Gunting
    • Cangkul
    • Sarung tangan jika perlu
  2. Jenis media yang diperlukan pula adalah seperti berikut :
    1. Top Soil (order di sini)
    2. Dolomite (order di sini)
    3. Penggalak Akar (order di sini)
    4. Tanah Campuran (order di sini)
    5. Kompos (Sisa Sawit) (order di sini)
    6. Sekam Padi / Pasir / Cocopeat
  3. Anak pokok kena ada la untuk projek ni. Tak kisah pokok apa pun boleh, pokok rambutan, pokok nangka, pokok cempedak, pokok limau dan lain-lain lagi.

Okay, apabila semua tool dah siap sedia, maka kita boleh mulakan projek penamanan dengan kaedah yang betul supaya tanaman kita nanti akan membuahkan hasil, InsyaAllah.

Cara-Cara Penanaman Anak Pokok Ke Lubang

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan untuk tujuan penanaman anak pokok, iaitu :

  • Membuat Lubang Dan Pengisian Media Sesuai
  • Proses Penanaman Anak Pokok

Membuat Lubang Dan Pengisian Media Sesuai

  1. Gali lubang pada kawasan yang ingin ditanam dengan saiz 2 kaki lebar x 1 kaki dalam. Rujuk imej di bawah :
    Keluasan Lubang Untuk Penanaman Anak Pokok

    Keluasan Lubang Untuk Penanaman Anak Pokok

     

  2. Masukkan top soil ke dalam lubang tanaman. Tujuan top soil ialah untuk menjadikan akar tanaman lebih kuat kerana top soil mengandungi nutrien semulajadi.
    Gunakan Top Soil Untuk Tanaman Anak Pokok

    Gunakan Top Soil Untuk Tanaman Anak Pokok

     

  3. Masukkan penggalak akar dari jeni serbuk kasar ke dalam lubang. Penggalak akar befungsi untuk menghasilkan lebih banyak akar-akar muda yang keluar selepas di tanam.
    Penggalak Akar Untuk Tanaman Anak Pokok

    Penggalak Akar Untuk Tanaman Anak Pokok

     

  4. Campurkan Dolomite juga ke dalam lubang dengan kapasiti kurang lebih 500gram bagi setiap lubang tanaman. Fungsi dolomite adalah untuk memulihkan pH tanah sekaligus menjadikan pokok yang ditanam bertambah kuat dan sihat.
    Campurkan Dolomite Ke Dalam Lubang Tanaman

    Campurkan Dolomite Ke Dalam Lubang Tanaman

     

  5. Masukkan media seterusnya iaitu tanah campuran. Tanah campuran yang dijual ini mengandungi 5 elemen di dalamnya dan fungsi tanah campuran adalah untuk menambah baik struktur pokok.
    Tanah Campuran Untuk Menggalakan Pertumbuhan

    Tanah Campuran Untuk Menggalakkan Pertumbuhan

     

  6. Tabur sedikit sekam padi. Jika ditempat anda tidak terdapat sekam padi, boleh juga menggunakan pasir sebagai media gantian. Fungsi media ini untuk mengalirkan air serta udara ke dalam tanah.
    Sekam Padi Atau Pasir Untuk Ruang Air Dan Udara

    Sekam Padi Atau Pasir Untuk Ruang Air Dan Udara

     

  7. Gaulkan kesemua media di atas dengan sekata kemudian buatkan 1 lubang ditengah untuk proses seterusnya iaitu proses penanaman.
    Gaulkan Semua Elemen Di Dalam Lubang

    Gaulkan Semua Elemen Di Dalam Lubang

Proses Penanaman Anak Pokok

Bagi proses penanaman pula, anda dinasihatkan untuk berhati-hati semasa buka polybag, bukan kerana apa, adakalanya, akar tanaman sudah terkeluar dari polybag dan bila kita buat secara kasar, akar tersebut akan putus atau rosak. Ini akan merencatkan tumbesaran tanaman kelak. Untuk proses seterusnya, sila rujuk di bawah :


Entri Lain :


  1. Pisahkan polybag dengan anak pokok, pastikan anda lakukan dengan berhati-hati
    Pisahkan Tanaman Dari Polybag

    Pisahkan Tanaman Dari Polybag

     

  2. Masukkan anak pokok ke lubang dan bersedia untuk langkah seterusnya iaitu tanam.
    Letakkan Anak Pokok Ke Dalam Lubang

    Letakkan Anak Pokok Ke Dalam Lubang

     

  3. Taburkan sisa sawit atau baja kompos ke dalam lubang dengan kapasiti 3kg, Tujuan kompos ialah untuk membiakkan bakteria baik kepada tanah.
    Campurkan Baja Kompos (Sisa Sawit)

    Campurkan Baja Kompos (Sisa Sawit)

     

  4. Dan peringkat teratas ialah dengan taburkan sebungkus lagi top soil. Maksudnya top soil ada 2 lapisan iaitu di dalam tanah serta peringkat atas.
    Lapiskan Dengan Top Soil Bahagian Akhir

    Lapiskan Dengan Top Soil Bahagian Akhir

     

  5. Tutup semua media dengan tanah asal, dan jadikan seperti busut. Ini bertujuan untuk menutup akar sepenuhnya dengan tanah.
    Timbunkan Semula Tanah Asal Dan Jadikan Seperti Busut

    Timbunkan Semula Tanah Asal Dan Jadikan Seperti Busut

     

  6. Taburkan baki dolomite 500gram di bahagian atas busut. Ini bagi tujuan mengelakkan serangan haiwan perosak seperti babi, siput yang merayap sebelah malam dan lain-lain lagi.
    Taburkan Dolomite Pada Peringkat Atas Busut

    Taburkan Dolomite Pada Peringkat Atas Busut

     

  7. Step terakhir ialah dengan menyiram air. Pastikan air disiram dengan banyak untuk memastikan air sampai ke seluruh media tanaman dalam tanah.
    Siramkan Air Sekurang Kurangnya 2 Kali Sehari

    Siramkan Air Sekurang Kurangnya 2 Kali Sehari

     

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Cara Tanam Anak Pokok Ke Tanah Dari Polybag. Jika diikut cara yang saya kongsikan ini, insyaAllah tanaman anda akan cepat membesar dan lebih subur.

Kongsikan artikel ini kepada semua rakan-rakan anda pula dengan klik pada button Share. Share le ke Facebook ke, Instagram ke atau mana-mana yang anda suka.

Terima kasih