Cara Merawat Tanah Berasid sebenarnya tidak begitu sukar sekiranya anda tahu jalan untuk menyelesaikannya, hanya perlu menggunakan sejenis bahan mineral yang dipanggil Dolomite.

Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama saya tidak menulis entri di dalam blog Baja Taiping, hari ini saya telah kembali ke meja komputer yang berhabuk ini untuk saling berkongsi artikel-artikel penting kepada sahabat semua. So, hari ini saya akan kongsikan dengan tajuk Cara Merawat Tanah Berasid.

Cara Merawat Tanah Berasid

Cara Merawat Tanah Berasid

Sebelum pergi lebih ingin saya bertanya kepada tuan-tuan serta puan-puan yang sedang membaca entri ini. Pernahkah anda beli Dolomite yang saya jual di Lazada ataupun dari Shopee? Jika belum pernah gunakan baja ini, sila cuba untuk tanaman anda. InsyaAllah akan nampak perubahan yang sangat baik pada tanaman.

Dengan Dolomite, bukan sekadar ianya membantu untuk besarkan tanaman, malah Dolomite mampu untuk membantu banyak perkara yang diperlukan oleh tanaman anda seperti:

  1. Merawat Tanah Berasid
  2. Menghalang Serangan Anai-Anai
  3. Menghalang Kerosakan Pada Akar Tanaman
  4. Menguatkan Batang Pokok
  5. Mengawal Masalah Akar Tanaman Yang Rosak
  6. Menghijau Serta Melebatkan Daun
  7. Menghasilkan Buah Yang Baik

Dan banyak lagi fungsi yang terdapat di dalam Dolomite. Sehingga saya tak boleh nak jelaskan dengan perkataan. Siapa sudahpun menggunakannya maka tahulah kesan ke atas tanaman.

Okaylah, kita berbalik kepada tajuk yang ingin saya kongsikan di atas, makin lama menaip makin ke lain perginya. Maklumlah dah lama tak pegang keyboard. Entri kali ini saya tak buatkan video sebab tak sempat nak edit.

Cara Merawat Tanah Berasid

Merawat tanah berasid ini bukan satu isu yang kecil sebenarnya kerana rata-rata tanah yang terdapat disekeliling kita sememangnya mempunyai unsur asid yang tinggi. Tambahan kepada penduduk di kota atau kawasan perumahan. Tanah di situ adalah dari jenis tanah tambak. Di kawasan pertanian juga mengalami masalah yang sama dengan tanah berasid.

Agak beruntung mereka yang mempunyai pH tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam. Campak je benih terus menjadi. Satu keajaiban Allah. Maka mereka perlu bersyukur. Tetapi lain pula nasibnya kepada mereka yang menerima kawasan tanah berasid. Campak je benih, tak naik-naik terus. Jangan mengeluh dan jangan putus asa. Jom kita baca lagi cara nak pulihkan tanah berasid. Tak susahpun sebenarnya.

Mula-mula sekali, anda perlu pastikan pH tanah dikawasan anda. Bagaimana cara nak tahu atau uji pH tanah? Baca entri yang pernah saya karangkan sebelum ini di 3 Cara Menguji pH Tanah.

Selepas dah tahu jenis tanah anda berasid atau berakali, sekarang kita baca lagi cara untuk pulihkannya. Sebab itu saya sarankan anda beli Dolomite.

Langkah Merawat Tanah Berasid

Terdapat langkah-langkah untuk merawat tanah yang berasid. Sila baca setiap step dan jangan cuba langkau takut tak ada keberhasilan kelak. Step ini disediakan kepada anda yang belum lagi menanam sebarang jenis pokok. Sekiranya sudah tanam, terus skip kepada langkah ke 6.

8 Langkah Merawat Tanah Berasid :

  1. Korek lubang di kawasan yang ingin ditanam anak pokok seluas mengikut kesesuaian.
  2. Taburkan Dolomite atau Kapur Pertanian. (Saya sarankan guna Dolomite kerana ianya lebih tinggi Magnesium dan Kalsium).
  3. Gaulkan Dolomite ke dalam lubang tanah. (Memulihkan pH Tanah)
  4. Tabur lagi Dolomite pada ruangan atas lubang. (Menghalang Serangan Anai-Anai dan Bad Microb).
  5. Biarkan lubang terdedah selama 7 hingga 10 hari sebelum ditanam sebarang jenis anak pokok. (Jika boleh siramkan air setiap hari dalam lubang adalah satu kelebihan, sekali sehari dah cukup).
  6. Proses penanaman bermula selepas hari ke-10 lubang didedahkan. (Masa tanam jangan lupa baca doa).
  7. Tutup lubang dengan tanah, jadikan sedikit busut di pangkal kemudian taburkan lagi Dolomite pada sebelah atas busut tersebut bagi mengelakkan masalah babi yang suka menyodol kawasan akar pokok. (Babi tak suka Dolomite sebab serbuk halus Dolomite akan masuk ke lubang hidungnya).
  8. Siramkan air pada pokok sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Cara untuk guna Dolomite serta sukatannya anda boleh baca di entri sebelum ini, Cara Penggunaan Baja Dolomite Dan Sukatannya

InsyaAllah jika sebelum ini anda bercucuk tanam tak berapa nak menjadi, lepas sahaja anda ikuti 8 Langkah Merawat Tanah Berasid di atas, pasti akan nampak perubahan pada tanaman selepas 2 ke 3 minggu penanaman.

 

Entri Lain :

 

Sekiranya anda berminat untuk beli Dolomite, terus sahaja ke Lazada dengan klik di sini https://www.lazada.com.my/shop/baja-taiping atau anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 011-11476291

Terima kasih kepada semua pembaca.