Susah betul nak mencari baja terbaik untuk pulihkan tanaman yang rosak terutama pokok kesayangan iaitu Durian. Ada banyak baja terjual untuk durian tetapi itu semua untuk suburkan sahaja tetapi untuk pulihkan pokok yang rosak pula bagaimana?

Saya sendiri pernah mengalami masalah pokok durian reput pada batang satu ketika dahulu akibat diserang oleh anai-anai siap berumahtangga mereka dalam batang durian tu, dan alhamdulillah sekarang semua sudah kembali pulih seperti sediakala dengan menggunakan 2 killer produk saya sendiri iaitu :

  1. Baja Dolomite
  2. Bio Durian Guard

Baiklah, hari ini saya nak pos mengenai entri yang mungkin kurang ada di internet dengan tajuk “Cara Mengatasi Masalah Pokok Durian“. Dan entri kali ini juga saya akan perkenalkan satu lagi produk iaitu Bio Durian Guard.

Cara Mengatasi Masalah Pokok Durian

Mula-mula kita perlu kenalpasti apa masalah pada pokok durian terlebih dahulu. Sebab pokok durian ini sememangnya manja sikit. Kita perlu jaga betul-betul semasa usia pokok di bawah usia 3 tahun. Perosak paling suka pada pokok ini ialah anai-anai. Daunnya pula sering diserang juga. Akar pula suka dirosakkan oleh mikrob jahat.

Jadinya, saya sarankan anda yang mempunyai pokok durian, tak salah menggunakan Bio Durian Guard ini, ianya murah sahaja. Dicampur pula dengan Dolomite, insyaAllah selama bertahun-tahun pokok durian anda kekal subur dan berbuah dengan baik.

Dolomite Baja Terbaik Untuk Semua

Dolomite Baja Terbaik Untuk Semua

Cara Mengatasi Masalah Pokok Durian

Cara mengatasi masalah pokok durian ialah dengan taburkan 2 jenis baja iaitu Bio Durian Guard dan Baja Dolomite untuk mengekalkan kesuburan 100% kepada tanaman kesayangan anda.

Kelebihan Bio Durian Guard

Baja ini diformulasi khas untuk semua jenis penanaman pokok durian dan ianya terhasil dari gabungan beberapa jenis mikroorganisma (agen biologi aktif) yang berupaya memberi kesan antagonistik terhadap pertumbuhan Phytophthora Palmivora.

Keserasian antara setiap jenis mikroorganisma telah diuji terlebih dahulu sebelum membentuk sebuah gabungan mikroorganisma supaya gabungan spesis ini mampu memberi kesan yang terbaik terhadap tanaman.

Setiap jenis mikroorganisma ini memiliki keupayaan mycoparasit yang membantu untuk merencatkan dan menghentikan pertumbuhan Phytophthora Palmivora. Gabungan multi strain ini juga mewujudkan satu mekanisma yang mantap dan berkesan untuk menghentikan dan akhirnya dapat membasmi penyakit durian disebabkan oleh kulat jahat tersebut.

Kandungan Bio Durian Guard

Produk ini mengandungi bakteria pengikat nitrogen, fosforus dan kalium yang dapat membantu meningkatkan kadar NPK.

  • Mikrob kawalan penyakit
  • Bakteria baik untuk pengikat Nitrogen
  • Bakteria pengurai Fosforus
  • Bakteria pengurai potasium
  • Bahan organik

Dengan menggunakan Bio Durian Guard dapat memulihkan:

  • Akar pokok durian yang reput
  • Masalah batang durian yang reput
  • Buah durian yang sering rosak atau kelihatan seperti reput juga

Ini berpunca dari masalah kulat yang menyerang tanaman dikenali sebagai Phytophthora Palmivora (Phatogen). Terkolap lidah nak sebutkan. Ianya adalah sejenis kulat yang jahat dan mampu melumpuhkan sistem tanaman durian. Kulat ini merebak melalui tanah, selain dari itu ianya berterbangan di udara. Disebabkan itu, agak sukar nak cari pemulih bagi pokok durian ni.

Seperti yang saya nyatakan di atas, Bio Durian Guard ini bukan sahaja terdiri daripada agen biologi aktif untuk merencatkan Phytophthora Palmivora, malah juga mengandungi bahan organik, asid humik dan fulvik.

Oleh itu ciri-ciri bio organik ini sekaligus dapat meningkatkan keupayaan pegangan air serta memperbaiki struktur tanah bagi mengelakkan pemadatan tanah. Bahan organik yang terkandung juga bertindak menyimpan sumber nutrien di dalam tanah dan menguraikannya ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh akar tanaman.

Nutrien yang cukup akan menghasilkan pokok durian yang subur serta kurang terdedah kepada serangan penyakit.

Berminat untuk dapatkan Bio Durian Guard? Sila pilih tiga platform jualan dari kami iaitu:

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Lazada
  3. Shopee

Atau anda juga boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di 011-11476291. (WhatsApp Prefer)


Entri Lain:


Tips Tanaman Durian 

Sebaiknya anda gunakan Baja Dolomite + Bio Durian Guard untuk penghasilan pokok jauh lebih subur dan membesar tanpa sebarang masalah serangan penyakit.

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Cara Mengatasi Masalah Pokok Durian.

Assalamualaikum..