Setelah sekian lama saya tidak berblog, hari ini saya masuk semula ke website yang dah bersawang ni.. Apapun saya ucap selamat kepada semua pembaca. Dan doa saya buat semua, semoga kita kekal dalam lindungan Allah SWT.

 

Assalamualaikum WBT. Apa khabar semua pembaca blog Baja Taiping? Sihatkah? Kalau tak sihat, cepat2 pergi klinik dan dapatkan rawatan ya.

Hari ini adalah hari ke14 kita berpuasa. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang menikmati Ramadhan kali ini, di masa hadapan Wallahualam.

Jadi, kita terus sahaja ke topik atau tajuk yang ingin saya kongsikan pada hari ini iaitu Cara Hasilkan Ubi Kunyit Sampai Penuh Pasu.. haha.

Cara Menghasilkan Ubi Kunyit Yang Banyak

Sebenarnya tanam kunyit ni tak susah pun. Beli kunyit hidup di mana-mana kedai runcit di kawasan kediaman anda tu, balik dan terus tanam. Lepas seminggu mulalah keluar pucuk muda daun kunyit.

Tapi janganlah pula anda minta kunyit hitam pada tauke kedai, InshaAllah tak dapat. haha… Ceritanya saya nak kongsikan blog ni bukan sebab apa, saya agak sibuk dengan kerja luar sampai tak sempat tengok keadaan kebun anak. Kelmarin saya intai tengok kebun mereka, MasyaAllah macam tongkang pecah..

Dari situlah saya terdetik nak mengemas kebun mereka, maklumlah dah nak masuk Syawal ye tak? hehe.. Dalam banyak-banyak tanaman mereka, saya tertarik dengan pokok kunyit dalam 1 pasu.

Apabila diangkat saya terasa berat. Jadinya sudah pasti ada hasilnya. Nak tahu apa hasilnya? Tonton video kat atas tu. Percaya atau tidak hanya menggunakan Penggalak Akar dan Dolomite, ubi kunyit begitu menjadi dan subur.

Baja Taiping

Jenis Baja Dan Tanah Yang Digunakan

Baiklah, nanti kalau saya tak terangkan secara jelas jenis baja dan tanahnya, ada pula WhatsApp saya tengah waktu tarawikh.. Haha saya bergurau sahaja ya. Di bawah saya sertakan secara terperinci jenisnya.

Sukatan hanya untuk 1 pasu bersaiz sederhana

  1. 2 Sudu besar penggalak akar
  2. 4 Sudu dolomite gred A

Caranya, gaulkan bersama dan tabur terus secara kering di dalam pasu. Atau anda boleh guna cara bancuhan iaitu masukkan sukatan yang sama di atas ke dalam 150ml air, dan siram pada pokok.

Untuk jenis tanah bagi semua tanaman yang ada ubi, tak kiralah Ubi kayu ke, ubi kunyit ke asalkan ubi sahaja, yang penting tanah yang sebaiknya sedikit berasid dan gebu. Contohnya top soil. Tetapi saya sarankan anda gunakan Tanah Campuran 5 Dalam 1 yang saya jual. Kerana tanah ini sudah dilengkapi dengan baja dan bahan kompos.

Baja Taiping

Entri Lain :

  1. Baja Terbaik Untuk Pokok Mempelam Berbuah Lebat
  2. Cara Tanam Anak Pokok Ke Tanah Dari Polybag
  3. Cara Penggunaan Penggalak Akar

Berminat nak tanam pokok yang ada ubi ke? Dapatkan baja dari Baja Taiping. InshaAllah berhasil tetapi pastikan benih tanaman bagus ya.

Jika ada diantara anda yang berminat nak tahu atau ada yang nak tanya lebih lanjut cara menghasilkan tanaman jenis ubi dengan penghasilan yang banyak, boleh sahaja WhatsApp saya ataupun tinggalkan komen sahaja. InshaAllah ada kelapangan saya akan reply.

Oh ya, sebelum saya offline, terlupa pulak part paling penting. Anda perlu ulang semula pembajaan setiap sebulan sekali ya. Barulah banyak hasilnya.