Cara Buat Pokok Durian Tua Kembali Berbuah Lebat
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera kepada anda yang bukan beragam islam. Terima kasih kerana sudi singgah ke website Baja Taiping.
Baiklah, hari ini saya buka satu lagi produk jualan khusus untuk pokok durian tua. Pokok durian tua ni bermaksud pokok yang sudah melebihi usia 20 tahun ke atas. Jika sebelum ini saya jual pakej baja untuk anak pokok durian seperti :
Dan hari ini, saya buka satu lagi produk khas untuk baja pokok durian tua pulak. Iaitu DO-GUARD PLUS. Dengan set baja ini, anda dilengkapi 3 jenis baja dengan jumlah berat 30kg bagi setiap parcel.
Sebelum pergi lebih jauh, check it out video di bawah ni dulu.
Atas Permintaan Ramai Pihak
Di atas permintaan ramai pihak, mendesak untuk saya kongsikan jenis baja yang paling sesuai digunakan untuk paksa pokok tua supaya kembali berbuah dengan cemerlangnya, jadi hari ini saya sudahpun mula membuka pakej baharu ini.
Mengapa Pokok Durian Tua Tidak Berbuah?
- “Tuan, mengapa pokok durian saya tak berbuah?”
- “Tuan, pokok durian saya berbuah tapi lekat sebiji dua sahaja, kenapa ya?”
- “Tuan, kenapa pokok durian saya keluarkan buah yang busuk?”
- “Tuan, kenapa pokok durian saya tak ada daun tapi ada buah?”
Dan banyak lagi soalan yang sering saya terima mengenai tanaman durian terutamanya semenjak saya bergelar usahawan baja semenjak 2018.
Soalan ini sering diajukan kepada saya dari pelanggan kepada saya. Emm macam mana saya nak jawab ya? Begini jawabnya, pokok durian ni ialah pokok yang sangat sensitif. Sensitif dari banyak faktor pokok durian tua tidak berbuah diantaranya ialah :
- Perubahan cuaca.
- Perubahan monsun.
- Peningkatan paras air dalam tanah (kekerapan musim hujan).
- Kekurangan paras air dalam tanah (musim kemarau berpanjangan).
- Kesilapan jenis baja.
- Kekerapan baja yang tidak bersesuaian.
- Kesilapan pangkas.
- Tidak menabur baja langsung.
- Pokok tidak menerima cahaya matahari.
- Rumput terlalu tebal dan mencuri baja durian.
- Terkena racun dikawasan akar pokok durian.
- Diserang makhluk perosak seperti anai-anai.
Dan banyak lagi faktor atau penyebab mengapa pokok durian tidak berbuah. Jadi, saya cuba selesaikan kisah pokok durian tua yang bermasalah dengan banyak tips serta perkongsian di dalam website ini. Tapi anda perlu rajin carilah ya.
Cara Buat Pokok Durian Tua Berbuah Lebat adalah dengan menggunakan pek baharu yang saya keluarkan ini. Nak jamin 100% tidak boleh kerana ini atas keizinan Allah juga, tetapi sebagai manusia biasa apa yang saya boleh janjikan pasti ada perubahan drastik yang lebih POSITIF untuk pokok durian tua anda dengan baja DO-GUARD PLUS.
Entri Lain :
- Baja Khas Untuk Semua Jenis Tanaman
- Cara Hasilkan Ubi Kunyit Penuh Pasu
- Cara Guna Dolomite Dan Durian Guard
Berminat Untuk Dapatkan DO-GUARD PLUS
Sekiranya anda juga mempunyai pokok durian tua yang bermasalah, jangan ditebang pokok tu. Saya tahu anda sudah mencuba pelbagai kaedah dan cara. Tetapi bagilah satu (1) lagi peluang kepada pokok anda untuk kembali berbuah dengan cemerlangnya dengan menggunakan kaedah yang saya berikan. Iaitu menggunakan Do-Guard Plus.
Boleh dapatkan pek baja seberat 30KG ini di 3 platform jualan saya iaitu di :
- Kedai Baja Taiping
- Lazada
- Shopee
Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai entri kali ini, anda bolehlah tinggalkan komen di bawah, dan jika saya ada kelapangan InsyaAllah saya akan jawab.
Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai Pek Do-Guard Plus. Wallahualam.
Leave A Comment