Bukti penggunaan Dolomite ke atas tanaman ini dirakam untuk dijadikan testimoni pada tanaman pokok limau yang hampir mati, jadi saya mengambil imej setiap 3 hari untuk melihat sendiri hasilnya ke atas tanaman tersebut.

Bukti Penggunaan Dolomite

Bukti Penggunaan Dolomite

Assalamualaikum WBT. Salam berhujung minggu kepada semua pembaca blog Baja Taiping. Hari ini saya teringin sangat nak upload imej-imej yang saya rakam semasa buat satu sesi testimoni kepada sebatang pokok limau yang hampir mati.

Pokok limau ini asalnya saya nak beli dari seorang peniaga di pasar Taiping, tetapi uncle tu bagi saja pada saya kerana dia kata, pokok ini sudahpun mati dan tak boleh lagi hidup. Jadi saya pun berterima kasihlah pada uncle tu atas pemberian pokok limau ini.

Sampai saja di rumah, saya terus masukkan pokok limau tersebut ke dalam sebuah pasu berserta Tanah Baja Organik dan mulalah episod untuk menghidupkan semula pokok limau ajaib ini. Selepas tanam, saya campurkan tanah baja organik dengan Dolomite. Dolomite saya taburkan sebelah atas dan ditanam sedikit ke dalam tanah untuk memastikan pokok menerima sumber mineral semulajadi untuk tanah yang terdapat di dalam pasu.

Kepada anda yang juga ada pokok yang hampir kepada mati, boleh cuba menggunakan Dolomite dan juga beberapa campuran lain seperti berikut :

  • Dolomite (Wajib)
  • Tanah Campuran Organik (Wajib)
  • Penggalak Akar (Disarankan)
  • Cocopeat / Sabut Kelapa (Digalakkan)

Kenapa perlu beli tanah campuran dari Baja Taiping? Ini kerana tanah campuran organik yang saya sediakan terdapat 5 elemen di dalamnya iaitu :

  1. Dolomite
  2. Sisa Sawit (kompos)
  3. Top Soil
  4. Bahan Bakar (organik)
  5. Penggalak Akar

Dengan izin Allah pokok limau yang saya mula mengeluarkan tunas baharu. Bukan sahaja subur malah cepat mengeluarkan tunas dan banyak sekali. Alhamdulillah.

 

Pokok Keluar Tunas Pada Hari Ketiga Selepas Ditanam

Selepas ditanam di dalam pasu pada hari ke-3, pokok limau saya mula mengeluarkan tunas. Jadi, sayapun mulalah mengambil imej bagi melihat perubahan dari hari ke hari.

Hari Pertama Tunas Tumbuh

Hari Pertama Tunas Tumbuh

Berasa agak teruja apabila pokok yang sudahpun kering kontang kembali hidup dan apa yang lebih gembira apabila lihat tunas baharu tumbuh bagaikan tidak percaya.

Agak kuat kesan Dolomite dan juga Tanah Campuran Organik ke atas pokok walaupun ianya sudah dikatakan mati.

Apa yang penting, kita tidak boleh berputus asa. Jika anda juga mempunyai pokok yang tak sihat atau dah nak mati tu, cepat-cepatlah order Dolomite dan tanah organik yang saya jual di Lazada.

Siapa yang tak sayang pada pokokkan? Tambah-tambah lagi pokok tu kita sayang dan pernah membuahkan hasil tapi tetiba nak mati. Lepas guna Dolomite anda boleh saksikan perubahan yang sangat ketara.

Oh ya, terlupa saya nak ingatkan kepada anda yang ingin menggunakan Dolomite serta tanah campuran organik supaya menyiram pokok sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari.

Air sangat penting kepada tanaman, tambah lagi kepada pokok yang hampir mati. Ianya perlu lebih perhatian. Tetapi jika terlebih air, pokok akan mati juga. Cukup sekadar 2 kali sehari.

Syukur pada Allah, pokok limau pemberian percuma dari uncle di Pasar Taiping telah kembali menghijau dan subur dengan izinNya.

 

Hari Kesepuluh Tunas

Hari Kesepuluh Tunas

Entri Lain :

Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai masalah tanaman, sila tinggalkan pertanyaan anda diruangan komen. InsyaAllah ada kelapangan saya akan reply. Kalau nak cepat respon, anda juga boleh WhatsApp saya di 011-11476291.

Saya sangat sarankan anda semua mencuba Dolomite serta tanah campuran yang saya jual. Bukan untuk tujuan promosikan barang saya, tetapi saya cuba membantu untuk tanaman anda kekal subur. Pilih 2 platform jualan saya di:

Setakat itu sahaja perkongsian saya mengenai pokok hampir mati dapat hidup subur kembali.

Wallahualam.