Baja Tahi Ayam

Baja tahi ayam sememangnya sejenis baja yang telah digunakan dari turun temurun lagi bagi tujuan tumbesaran semua jenis tanaman baik berskala kecil mahupun ladang-ladang yang besar.

Boleh dikatakan baja ini sangat diperlukan kepada pekebun dan juga individu yang suka bercucuk tanam di rumah untuk mendapatkan hasil tanaman yang sentiasa subur.

Kelebihan Baja

Terdapat banyak fungsi serta kelebihan pada mereka yang menggunakan tahi ayam ke atas penanaman pokok diantaranya ialah seperti berikut:

  1. Membantu menyuburkan tanah di kawasan penanaman pokok.
  2. Menyuburkan semua jenis penanaman sayuran, pokok buah-buahan dan juga pokok hiasan.
  3. Menghijaukan daun tanaman.
  4. Menggalakkan sistem akar.
  5. Sentiasa mengekalkan kelembapan di kawasan penanaman.
  6. Mengawal suhu panas di bahagian atas tanah kawasan penanaman.
  7. Penghasilan lebih banyak bakteria baik di dalam tanah.
  8. Penghasilan lebih banyak mikrob di dalam tanah bagi tujuan penguraian bahan organik.
  9. Jauh lebih murah dan mudah untuk di dapati.

"Kelebihan

Jadinya, tidak rugi untuk anda juga menggunakan baja jenis ini untuk ditabur ke atas tanaman sekarang dan lihat perubahannya dalam masa 2 minggu. Untuk pembelian secara online baja, sila pilih platform di bawah:

Cara Baja Tahi Ayam Dihasilkan Atau Diproses

Baja ini diproses dengan pereputan dan proses ini mengambil masa yang agak lama. Sekiranya anda ada membela ayam, jangan pula diambil tahi yang masih segar dan tabur kepada pokok, InsyaAllah pokok tersebut akan mati jika anda lakukan begitu ya.

Pereputan (kompos) mengambil masa lebih dari 6 bulan. Barulah dijadikan baja. Disebabkan itu, baja tahi ayam adalah sejenis baja organik yang sangat baik. Ianya juga menghasilkan sumber nutrien dan organisma kepada tanah selepas ditabur.

Habuk kayu digunakan di dalam proses menjadikan baja ini (campuran), sekaligus ini dapat menjadikan baja tahi ayam lebih segar. Ianya juga dapat di beli dalam 2 variasi iaitu :

  1. Serbuk Tahi Ayam
  2. Pelet Tahi Ayam

Baja dari jenis serbuk jauh lebih murah berbanding dengan pelet, tetapi saya sarankan anda yang baru untuk belajar menggunakan baja ini pilih dari jenis pelet kerana mudah untuk sukat penggunaannya berbanding jenis serbuk. Serbuk sering digunakan oleh petani yang sudah mahir dengan sukatannya.

Baja Tahi Ayam

Unsur-Unsur Yang Terdapat Di Dalam Tahi Ayam

Terdapat beberapa unsur yang terkandung di dalam baja ini dan unsur atau dalam bahasa englishnya Trace Element (TE) membuatkan tanaman bertambah subur adalah seperti berikut :

  • Nitrogen (N) 1.7% (Untuk Galakkan Pertumbuhan Daun)
  • Phosphorus (P) 1.9% (Untuk Galak Dan Cambah Akar)
  • Kalium atau Potasium (K) 1.5% (Untuk Kuatkan Batang)
  • Zink
  • Kuprum
  • Zat Besi
  • Molybdenum

Jika ingin menambah sihat tanaman, anda digalakkan mencampurkan tanah di kawasan tanaman dengan bahan mineral terbaik yang saya jual iaitu Baja Dolomite. Jika berminat nak tahu fungsi Dolomite, boleh klik di sini Info Dolomite

Entri Lain:

Jangan kita pandang tahi ayam sebelah mata, kerana khasiatnya untuk tanaman sangat tinggi dan mampu menjana pulangan yang baik apabila tanaman kita mengeluarkan hasil yang sungguh memberangsangkan. Lagipun ianya murah dan tidak berbau busuk.

Baja Tahi Ayam Untuk Semua Tanaman

Baja Tahi Ayam Untuk Semua Tanaman

Berminat untuk guna baja ini, sila lakukan pembelian di Lazada dan saya akan pos terus ke rumah anda. Tidak kisah banyak mana anda order, pada saya ada stok bertan-tan. Kalau nak bertanya lebih lanjut mengenai tahi ayam ni, hubungi saya di no 011-11476291 (call lebih baik).

Setakat ini sahaja perkongsian saya mengenai baja terbaik kali ini.