Kekerapan soalan yang seringkali ditanya oleh pelanggan ketika mereka hadir ke kedai saya ialah, apakah jenis baja NPK terbaik untuk pokok bunga dan pokok buah?

Maksud mereka ialah untuk menggalakkan bunga pada pokok bunga dan juga boleh menghasilkan buah pada pokok buah-buahan. Haha, topik kali ini agak sedikit kompleks tetapi ianya menarik.

"<yoastmark

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Baja Taiping. Apa khabar sahabat-sahabat tani saya? Semoga anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. Okaylah, kita terus ke topik kali ini yang ingin saya terangkan dengan sedikit mendalam mengenai NPK terbaik untuk pokok bunga dan pokok buah.

Baja NPK Terbaik Untuk Pokok Bunga Dan Pokok Buah

Sebelum pergi lebih jauh, sekadar ingin bertanya adakah anda tahu bahawa baja bunga boleh digunakan untuk pokok buah-buahan?

Benar, baja bunga sememangnya boleh digunakan untuk menghasilkan buah pada pokok buah-buahan. Ini kerana setiap jenis baja khas untuk pokok bunga dari jenis NPK mempunyai unsur K yang sangat tinggi. (Rujuk maksud NPK pada baja di sini). Unsur K membawa maksud Kalium atau ada juga sesetengah orang sebut Potasium.

Baja NPK Tinggi Kalium Potasium

Baja NPK Tinggi Kalium Potasium

Kalium (K), atau lebih dikenali sebagai Potasium, amat penting untuk tumbesaran setiap jenis tanaman. Kalium juga membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah.

Unsur Kalium (K), adalah kunci kepada pembentukan Clorophyl dalam daun. Baja yang terkandung unsur Kalium kebiasaannya diberikan kepada tanaman yang melepasi peringkat Vegetatif.

Kesan Kekurangan Kalium (K)

  • Kekurangan Kalium akan menyebabkan bunga serta buah yang bersaiz kecil atau terbantut.
  • Tumbuhan akan kelihatan tidak sihat dan lemah.

Kebaikan Kalium (K)

  • Kalium dapat membantu tanaman melawan pelbagai jenis penyakit.
  • Mempercepatkan proses pembesaran tanaman.

Jadi, tidak hairanlah mengapa baja untuk pokok bunga juga boleh menghasilkan buah kepada pokok buah-buahan dan menyuburkan daun tanaman.

Jenis NPK Bagi Pokok Bunga Dan Buah

Terdapat banyak jenis baja khas untuk kegunaan tanaman pokok bunga diantaranya adalah :

  1. NPK 12:6:22
  2. NPK 12:12:17

Apa yang dapat kita perhatikan 2 jenis NPK di atas ialah sumber K lebih tinggi berbanding elemen N dan P. Ini adalah baja terbaik untuk semua jenis tanaman pokok bunga dan menghasilkan buah pada untuk pokok buah-buahan.

Jenis Pokok Bunga Dan Buah Yang Sesuai Digunakan NPK, Nilai K Tinggi

Sekiranya anda ingin menggunakan baja NPK yang nilai K lebih tinggi seperti 12:6:22, ianya sangat sesuai untuk pokok-pokok berikut:

  1. Semua jenis pokok bunga seperti :
    • Bunga kertas
    • Bunga ros
    • Semua jenis pokok berbunga
  2. Juga untuk pokok buah-buahan berikut :
    • Rambutan
    • Jambu
    • Mempelam
    • Belimbing
    • Sawit
    • Ambra
    • Ciku
    • Mata kucing
    • Dan semua jenis pokok buah yang menghasilkan bunga sebelum buah.

"<yoastmark


Entri Lain :


Cara Tabur Baja NPK Pada Pokok Dan Sukatannya

Menggunakan baja NPK sebenarnya perlu mengikuti sukatan yang betul. Ini kerana, NPK ialah baja yang agak panas dan boleh mengakibatkan akar tanaman rosak sekiranya digunakan secara berlebihan. Di bawah saya sediakan cara atau teknik untuk tabur baja NPK serta sukatannya.

Cara Tabur Baja NPK Pada Pokok Bunga Atau Buah

Sekiranya anda ingin gunakan baja NPK kepada tanaman, pastikan prosedur keselamatan diikut supaya anda tidak mengalami sindrom gatal atau alah pada kulit dengan menggunakan perkara berikut :

  • Pastikan anda menggunakan sarung tangan
  • Gunakan penutup hidung
  • Sediakan sudu plastik atau skop kecil
  1. Untuk pokok bunga di dalam pasu, tabur sekitar 10cm dari pangkal tanaman.
  2. Untuk pokok bunga di atas tanah, tabur 15cm dari pangkal.
  3. Untuk pokok buah pula, tabur dengan jarak 1 atau 2 kaki dari pangkal

Sukatan Baja NPK Untuk Tanaman

  1. Untuk tanaman dalam pasu seperti pokok bunga, gunakan 1 sudu sahaja dan perlu di baja sebulan sekali.
  2. Bagi tanaman bunga di atas tanah pula gunakan 1 setengah sudu juga sebulan sekali.
  3. Bagi menggunakan NPK kepada pokok buah-buahan, tabur mengikut gram, jika pokok yang besar gunakan sekitar 150 hingga 200gram.

Penjualan Baja NPK Untuk Pokok Bunga Dan Buah

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan NPK kepada pokok bunga atau buah, boleh terus order secara online di 2 platform berikut :

  1. Kedai Baja Taiping
  2. Lazada (Baja Taiping)
  3. Shopee (Baja Taiping)

Terdapat 2 jenis baja NPK yang sesuai untuk pokok bunga dan buah yang saya jual iaitu :

  1. NPK 12:6:22
  2. NPK 12:12:17

Saya juga ada menjual Pek Lengkap Baja Untuk Pokok Bunga (6 Dalam 1) yang juga boleh di dapati di 2 platform jualan di atas. Di dalam pek tersebut saya lengkapkan 6 item kepada pelanggan iaitu :

  1. Baja Bunga NPK 12:6:22 Pek 1KG
  2. Top Soil Pek 5KG
  3. Baja Dolomite Pek 1KG
  4. Penggalak Akar Pek 1KG
  5. Baja Kompos 3KG
  6. Sekam Padi Percuma
Pek Baja Bunga 6 Dalam 1

Pek Baja Bunga 6 Dalam 1

Di bawah ialah video khas saya promosikan Pek Lengkap Baja Untuk Pokok Bunga (6 Dalam 1).

Di dalam entri akan datang, saya akan kongsikan dengan lebih banyak artikel mengenai NPK untuk tujuan perkongsian ilmu bersama-sama anda.

Setakat ini sahaja entri saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua. Dan rajin-rajinlah share posting saya ke Facebook anda dengan klik pada button share di bawah.

Assalamualaikum