Jika sebelum ini, saya post mengenai artikel Cara Untuk Kenal Anak Benih Durian Yang Berkualiti, hari ini saya menulis lagi tetapi dengan tajuk lebih sensasi kepada pemilik tanaman durian. 5 Sebab Utama Mengapa Pokok Durian Tidak Berbuah.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera kepada anda yang bukan beragam islam. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke blog Pembekal Baja Taiping, dan ingin saya bertanya 1 soalan, adakah anda sudah mencuba Baja Dolomite untuk pokok durian kesayangan anda? Jika belum cuba, hari ini boleh order sekali di portal ini. Esok saya akan pos terus ke rumah anda.
Okaylah, kita terus ke topik hari ini, iaitu dengan tajuk 5 Sebab Utama Mengapa Pokok Durian Tidak Berbuah. Sejak kebelakangan ini, saya lihat semakin ramai orang mula berminat untuk menceburkan diri dalam tanaman raja buah di Malaysia (buah durian). Ada yang buat berskala kecil, ada juga yang buat secara besar-besaran dan ada pula yang buat sebagai tanaman sampingan di tepi rumah.
Ini tidak lain dan tidak bukan, pastinya disebabkan anda peminat buah durian. Setiap kali musimnya tiba, pasti dirumah anda akan berbau haruman durian. Tetapi bukan hasil dari pokok sendiri, sebaliknya aroma tersebut dari buah durian yang dibeli di tepian jalan untuk dijadikan santapan sesi keluarga.
Di atas dasar minat yang mendalam, akhirnya anda terjerumus di dalam projek penanaman durian secara kecil-kecilan. Inilah perkara yang sering terjadi kepada pemilik tanaman durian. Asalnya hanya minat makan, akhirnya mereka pasti mempunyai pokok durian sendiri. Perkara ini juga terjadi kepada saya sendiri.
Tahukah Anda, Bahawa Terdapat Masalah Dalam Penjagaan Pokok Durian?
Pokok durian ni sebenarnya sangat sensitif. Pendekkata jika anda abaikan penjagaannya, pokok tidak akan berbuah. Ada juga kes di mana, pokok durian yang sudah matang kerap berbunga, tetapi buah sebiji pun tidak lekat di pokok. Dan ada yang lebih menyedihkan lagi, usia pokok sudah melebihi 15 tahun, tetapi belum pernah berbunga jauh sekali untuk berbuah.
Berikut Adalah 5 Sebab Utama Mengapa Pokok Durian Tidak Berbuah :
1 . Durian Jantan
Walaupun sudah lebih 20 tahun usia pokok durian anda dan masih tidak berbuah, sebab utamanya ialah pokok durian anda adalah pokok durian jantan. Ini terjadi kerana anda tidak kenalpasti baka pokok ketika penanaman dahulu.
Baca Entri : Cara Untuk Kenal Anak Benih Durian Yang Berkualiti
2 . Pokok Durian Kurang Terima Sinaran Matahari
Sebab kedua mengapa pokok durian anda tidak berbuah ialah pencahayaan dari sinar matahari. Cahaya matahari sangat penting untuk semua tanaman, begitu juga dengan pokok durian yang ditanam. Ianya memerlukan cahaya matahari secara terus atau tepat ke atas pokok.
3 . Kekurangan Jumlah Air Pada Akar Pokok Durian
Jika sebab kedua adalah berpunca dari cahaya matahari yang terlindung, sebab ketiga disebabkan kurangnya jumlah air pada pokok durian. Sekiranya pokok durian anda ditanam di kawasan yang mengalami masalah tanah kekurangan air, anda perlu segera untuk jana jumlah air ke akar pokok.
4 . Tahap Kesuburan Tanah Pada Kawasan Tanaman
Sebelum anda tanam durian, sebaiknya anda selidik tahap kesuburan tanah seperti menganalisa pH tanah dan lihat paras asid terlebih dahulu. Jika tempat tersebut subur dan jenis tanah yang baik, pokok pasti akan mengeluarkan hasil kelak.
Jika anda sudah pun tanam pokok durian dan sudahpun matang, tak mengapa. Yang penting sekarang anda hanya perlu berikan penjagaan yang sangat baik seperti pembajaan yang cukup dan sentiasa pastikan akar tanaman tidak diserang oleh penyakit.
5 . Tidak Pernah Gunakan Baja Ke Atas Pokok Durian
Satu lagi penyebab kenapa pokok durian tidak berbuah, disebabkan pemilik pokok sangat kedekut dan tidak pernah taburkan sebarang jenis baja dari tanaman kecil sehinggalah tanaman mencecah usia yang matang. Hanya tanam dan tunggu berbuah. Ini adalah kesilapan terbesar jika dilakukan oleh anda.
Baca Entri : Baja Dolomite Untuk Tanaman Durian
Mulai hari ini, saya nasihatkan anda di luar sana untuk cuba gunakan BAJA DOLOMITE untuk menambahbaik struktur tanah, menguatkan kembali batang pokok, menghalau anai-anai dari dalam zon akar, juga membunuh semua jenis cacing yang jahat di dalam tanah seperti Nematode.
Baca Entri : Cara Mengawal Masalah Akar Tanaman Yang Rosak
Semoga entri saya kali ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang baru berjinak-jinak di dalam penanaman raja pokok di Malaysia, pokok durian. Wallahualam.
[…] 5 Sebab Utama Mengapa Pokok Durian Tidak Berbuah […]
Tuan,
Jika pokok tersebut adalah pokok jantan, maka ia tidak boleh berubah sampai bila2 la ye? Maka elok ditebang saja ke, atau boleh lagi tabur baja untuk berubah?
Seringkali, pokok jantan jarang untuk menghasikan buah. Jika sudah puas ditaburkan baja dan dijaga namun tiada sebarang hasil, ada baiknya gantikan dengan pokok yang baru.
Asm tuan. Adakah pokok durian jantan mengeluarkan bunga?
Wslm. Pokok durian jantan tidak mengeluarkan bunga.
Assalamualaikum…tn baja apa yg sesuai untuk anak pokok yg baru ditanam
Anak pokok dari jenis apa tu tuan? Durian ke? Okaylah, Dolomite boleh digunakan ke atas semua jenis anak pokok.
Salam
Sy tanam pokok durian kawin, perlu keemotong pokok yg menunggu untuk mberi laluan pnesaran kp tunas yg kawin. Berapa lama sy blh potong pokok yg memamti tu..? Tkasih
Sebaiknya tunggu sehingga pokok mengeluarkan tunas dan boleh terus dipangkas pokok menanti.
Pokok durian kunyit bunganya lebat tapi jarang lekat buah. .kalau nasib baik lekat sebiji apa masalahnya tuan?
Ini masalah tanah. Cuba tuan gunakan Dolomite. https://www.lazada.com.my/shop/baja-taiping
Assalamualaikum tuan pokok durian says
1.berbuah s sekata
2.daun nys mcm kecil x lebat
3.rsngting dn dahan nya mudah kering dn mati
4.buah nys kurang menjadi.
Wslm wbt.
1. Berbuah tak sekata, masalah ini saya tidak dapat kenal pasti puncanya.
2. Daun kecil, sila gunakan baja NPK yang tinggi nilai N. Contoh 20:10:10
3. Ranting dan dahan mati atau kering, ini disebabkan masalah akar. Sila gunakan Dolomite dan Durian Guard tabur dalam jumlah 2 hingga 3kg bagi setiap pokok.
4. Buah kurang menjadi, gunakan Dolomite dan Durian Guard untuk pulihkan semula masalah tersebut.
Untuk lihat lebih lanjut mengenai baja Dolomite atau Durian Guard, sila klik di sini https://www.lazada.com.my/shop/baja-taiping